
ZONTES 552G ENDURO DEBUT DI EICMA – 2-SILINDER, 51HP
Zontes 368G merupakan antara skuter adventure paling popular di Malaysia ekoran hadir dengan tanda harga yang mampu milik meskipun didatangkan dengan pelbagai ciri dan kelengkapan.

Namun, Zontes membuat kejutan di EICMA 2025 yang berlangsung di Milan baru-baru ini apabila memperkenalkan varian yang lebih berkuasa dengan Zontes 552G. Menariknya, model dipamerkan itu merupakan varian Enduro seperti yang tertera pada panel badan.

Berbanding 368G yang bernadikan enjin satu silinder, 552G Enduro ini dikuasakan enjin dua silinder 531cc dan berupaya menjana 51hp pada 7,250rpm dan 56Nm pada 5,500rpm. Ini bermakna, 552G ini lebih berkuasa dari Yamaha TMax 560.
Juga perubahan terbesar berbanding 368G adalah penggunaan monoshock berbanding penyerap hentak berkembar.

Antara perincian lain dinyatakan termasuk
- pencahayaan LED penuh
- meter TFT
- dashcam depan dan belakang
- tangki bahan api 17L
- rim 17-inci depan dan 15-inci belakang
- ABS dwi-saluran
- traction control

Berdasarkan pemantuan, 552G Enduro ini turut dilengkapi dengan sistem cruise control sekaligus muncul sebagai skuter pertama dalam portfolio Zontes yang dilengkapi ciri tersebut.
GALERI: ZONTES 552G ENDURO



















