Buletin

HYUNDAI N VISION 74 CONCEPT – ITU HARI KATA TAK JADI. MUNGKIN SAHIH DAH KOT NAK BUAT DAN JUAL

Hyundai Motor telah memperkenalkan sebuah model sport yang padu, Hyundai N Vision 74 yang menggambarkan tahap kepimpinan Hyundai terhadap kelestarian dan juga prestasi. Model konsep N Vision 74 diinspirasikan oleh teknologi dan reka bentuk, yang berakar umbi dalam visi lestari N yang diumumkan pada tahun 2015 dan semangat Hyundai terhadap model berprestasi tinggi sejak tahun 1974 lagi.

Dari segi reka bentuk, N Vision 74 memberi penghormatan kepada konsep Hyundai Pony Coupe dari tahun 1974, yang dibangunkan oleh pereka kereta legenda Giorgetto Giugiaro. Konsep itu kemudiannya dibina menjadi prototaip untuk kereta sport pengeluaran pertama Hyundai. Walau pun ia tidak pernah dijadikan sebagai model produksi massa, namun semangat terhadap kekal menjadi warisan Hyundai sehingga ke hari ini.

Walau pun bahasa rekaannya berinspirasikan model konsep Hyundai Pony Coupe 1974, namun model yang moden ini tetap tampil dengan rekaan yang cukup futuristik, lengkap dengan sayap besar di bahagian belakang.

Jelas sekali perkadaran pilar B adalah berinspirasikan daripada model asal tahun 1974 disamping penggunaan lampu Piksel Parametrik memberikan elemen futuristik yang cukup ketara.

Dengan dimensi 4,952 mm panjang, 1,995 mm lebar dan 1,331 mm tinggi dengan jarak roda 2,905 mm, ia merupakan sebuah model berprestasi tinggi pertama yang dibina menggunakan sistem sel bahan api hidrogen paling canggih yang pernah dicipta oleh Hyundai N. Tetapi ini bukan kali pertama Hyundai N berurusan dengan teknologi sel bahan api. N Vision 74 juga diinspirasikan oleh kereta konsep Hyundai N 2025 Vision Gran Turismo, yang diperkenalkan pada tahun 2015 dengan pelancaran jenama N untuk membayangkan masa depan prestasi tinggi berasaskan hidrogen.

Hanya tujuh tahun kemudian, Hyundai N memperkenalkan N Vision 74, menetapkan sasarannya lebih jauh dengan merealisasikan minatnya terhadap keseronokan untuk pemanduan. Jurutera Hyundai membangunkan struktur hibrid bateri-elektrik yang digabungkan dengan sistem FCEV, yang diletakkan dalam susun atur serba baharu.

Dengan mempunyai sistem sel bahan api dan bateri-elektrik yang menggerakkan N Vision 74 bersama-sama, kecekapan penyejukan dipertingkatkan, manakala dua sumber kuasa berbeza boleh digunakan bergantung pada keadaan pemanduan yang berbeza.

Sistem logik yang ditala halus ini membolehkan vektor tork yang lebih baik dengan menggunakan motor berkembar di bahagian belakang, membolehkan pengalaman membelok yang lebih jitu dan responsif. Selain itu, N Vision 74 juga meneroka keseimbangan diantara prestasi dan penyejukan dengan sistem penyejukan tiga saluran.

Teknologi berprestasi tinggi ini disepadukan sepenuhnya ke dalam reka bentuk untuk memenuhi keperluan pengurusan haba FCEV. Dengan fungsi sedemikian, model N Vision 74 ini meneroka keseimbangan antara teknologi canggih dan reka bentuk ikonik. Bersama-sama dengan keupayaan pengisian bahan api jarak jauh dan pantas, N Vision 74 menjamin keseronokan pemanduan dengan sumber kuasa yang mampan melalui aplikasi teknologi canggih.

BACA : KERETA KONSEP HYUNDAI N VISION 74 MUNGKIN AKAN DIHASILKAN DAN DIJUAL

BACA : HYUNDAI SAHKAN N VISION 74 TAKKAN JADI KENYATAAN

Google ads

B K

Back to top button