
1,300 TEMPAHAN DALAM 7 HARI BAGI ZONTES 368G – ZONTES MALAYSIA
ZONTES Malaysia memaklumkan telah menerima 1,300 tempahan dalam hanya tempoh seminggu bagi skuter maxi adventure terbaru Zontes 368G.

Walaupun baru sahaja dilancarkan namun 368G tersebut jelas berjaya mencuri perhatian ramai ekoran menawarkan lebih 35 ciri yang menarik sekaligus meletakkan skuter maxi itu berada dalam kelas tersendiri.

Selain itu, harga jualan RM28,800 juga pastinya menjadikan 368G antara skuter yang ditunggu-tunggu peminat motosikal di Malaysia.
Untuk rekod, Zontes 368G merupakan motosikal pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang sepenuhnya di Jitra, Kedah sekaligus menyumbang kepada harga yang kompetitif.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk menguji jentera terbaru ini boleh mengikuti ‘roadshow’ yang sedang berjalan dari 3 Januari hingga 2 Mac diseluruh negara.