Buletin

TOYO PROXES TR1 – TAYAR BERPRESTASI TINGGI UNTUK SEMUA

Minggu lalu, Toyo Tyres Malaysia telah melancarkan tayar baharu mereka yang dikenali sebagai Toyo Proxes TR1.

Sewaktu pelancaran tersebut yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Mekanika Malaysia sempat menemuramah Pengurus Teknikal Servis Toyo Tyres Malaysia, Amirul Amin.

Amirul memberitahu tentang keistimewaan Toyo Proxes yang merupakan gabungan corak tayar terdahulu iaitu Proxes Sport dan Proxes T1R.

Hasilnya, tayar Toyo Proxes TR1 mampu menawarkan aspek cengkaman membrek di atas permukaan basah, pengendalian dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik lagi, tayar yang dihasilkan di kilang baharu Toyo di Kamunting, Perak. Jadi, anda boleh mendapatkan tayar Proxes TR1 pada harga bermula RM199 seunit.  

Ikuti temuramah di dalam video di bawah:

Google ads
Back to top button