Buletin

TOYO TIRES LANCAR TAYAR BERPRESTASI TINGGI PROXES SPORT 2. PILIHAN 31 SAIZ, BERMULA RM700 HINGGA RM1.3K SEUNIT

Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires) hari ini melancarkan tayar terbaru, Proxes Sport 2 ke pasaran tempatan. 

Direka dengan teknologi tayar terkini, inovasi baru itu direka untuk peminat kereta berprestasi tinggi, demi memastikan keselamatan dan ketahanan yang luar biasa.

Proxes Sport 2 menampilkan dua ciri terbaru yang membezakannya dengan tayar siri sebelumnya, iaitu kestabilan pengendalian dan cengkaman mantap di permukaan basah. 

Tayar terbaru itu mempunyai kompaun corak bunga asimetri unik yang dapat memastikan kestabilan pengendalian di selekoh. Menggunakan teknologi Nano, kompaun bahagian dalaman dan luaran tayar tersebut berjaya dioptimumkan.

Proxes Sport 2 dibuat daripada bahan termaju yang dapat meningkatkan prestasi tayar. Ia dibuat daripada kompaun yang membolehkan cengkaman mantap dan seimbang bagi memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dan selamat.

Reka bentuk bunga Proxes Sport 2 membolehkan jarak membrek empat peritus lebih pendek berbanding tayar Proxes Sport. Pretasi membrek di atas permukaan basah pula dikatakan 16 peratus lebih baik 

“Proxes Sport 2 dioptimumkan untuk kuasa tork yang tinggi bagi pemanduan yang mengujakan kepada  semua pemandu. 

“Dengan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan, kami yakin bahawa tayar ini akan menjadi pilihan utama bagi pemandu yang mencari tayar berprestasi tinggi,” kata Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia, Tan Song Chye.

Proxes Sport 2 boleh didapati dalam 31 saiz untuk kereta dari segmen C (termasuk segmen eksekutif kompak) hingga segmen F. Ia boleh dibeli di mana-mana Pusat Tayar Toyo, bermula RM700 hingga RM1,300 seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button