Buletin

APA KATA DIANA DAN WANY TENTANG TOYOTA VIOS CHALLENGE, TAYAR TOYO DAN PESANAN BALIK RAYA

Toyota Gazoo Racing musim kedua baru sahaja melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu (27-28 April).

Menampilkan tiga kategori perlumbaan berbeza iaitu Promotional, Sporting dan Super Sporting, acara Toyota Vios Challenge sememangnya menjadi antara tarikan utama pengunjung.

Berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), saya sempat menemuramah dua orang pelumba daripada kategori Promotional iaitu Diana Danielle dan Wany Hasrita.

Diana dan Wany berkongsi pengalaman bagaimana TGR berjaya menjadikan mereka pemandu yang lebih baik.

Mereka juga ada menyampaikan pesanan kepada semua sempena musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Korang layan je lah video di bawah ni.

Google ads
Back to top button