Buletin

TOYOTA BINA REPLIKA LITAR NURBURGRING DI JEPUN

Terletak 6,000 batu jauhnya di Jerman dan walaupun pengeluar Jepun mempunyai fasiliti di litar Nurburgring namun ia adalah satu cabaran yang besar untuk terus menguji kenderaan di sana.

Toyota mengambil langkah dengan membina litar Nürburgring mereka sendiri berhampiran ibu pejabat di Toyota-Shi di daerah Aichi.

Sebenarnya Toyota memulakan projek litar ini secara sendirian tahun lalu dimana satu seksyen sepanjang lima kilometer telah dibuka untuk fasa pertama.

Tidak dinyatakan berapa panjang litar ini secara keseluruhan kerana ia masih dalam pembinaan dan apa yang menariknya kira-kira 70 peratus daripada kawasan litar tersebut mengekalkan landskap dan kawasan hijau bagi mengekalkan “The Green Hell” nama jolokan untuk Nurburgring.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata, “berdasarkan pengalaman kami di Nurburgring, saya rasa amat berbangga kerana kami berjaya mensimulasikan beberapa kawasan litar ini yang menyerupai litar Nurburgring.

Fasiliti ini dikenali sebagai Toyota Technical Center Shimoyama dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2023. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button