" "
Buletin

PENING NAK BELI TAYAR 4X4? PILIH SAHAJA TAYAR TOYO OPEN COUNTRY

Membeli kenderaan pacuan empat roda sekarang makin tambah pening. Macam-macam jenama dan model yang muncul. Daripada Toyota Hilux, Nissan Navara, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton, Ford Ranger, hinggalah Mazda BT-50.

Tetapi selepas 1 atau 2 tahun digunakan, anda perlu menukar tayar kenderaan 4×4 tersebut. Pada masa ini, kepala anda makin pening dengan pelbagai pilihan tayar yang tersedia di pasaran.

Ada yang mencadangkan jenama A, jenis Highway Terrain, jenama B jenis All Terrain dan jenama C jenis Mud Terrain. Habis tu takkan 4 biji tayar nak pakai tayar yang lain-lain jenis.

Jadi, Toyo sebagai satu jenama pengeluar tayar terkemuka dari Jepun telah menghasilkan 3 jenis rekaan tayar yang dikelaskan sebagai Open Country UT, Open Country AT Plus dan Open Country MT.

Toyo Open Country UT

Tayar ini sangat sesuai untuk digunakan oleh kenderaan pikap dan SUV yang pada kebanyakan masa berada di jalan raya atau hutan batu. Ia direka khas bagi menghasilkan pemanduan yang paling selesa, senyap, kestabilan tinggi dan menawarkan rintangan golek paling rendah bagi menawarkan penjimatan bahan api terbaik.

Blok bunga tayar direka khas untuk mengurangkan bunyi serta memberi keselesaan. Bahagian tengah tayar pula direka bagi mengurangkan lagi bunyi bising jalan ketika memandu. Manakala bahagian tepi tayar direka agar mampu menawarkan prestasi yang cemerlang di selekoh.

Tayar ini dihasil dengan mencampurkan sebatian silika oksida semasa proses pembuatan agar rintangan golek adalah rendah dan lebih tahan lasak untuk jangka masa panjang.

Toyo Open Country AT Plus

Tayar ini direka untuk semua permukaan jalan, sesuai untuk kegunaan 50% di atas jalan dan 50% di jalan tidak berturap. Ia perlu selesa digunakan atas jalan biasa dan prestasi yang baik semasa digunakan di jalan tidak berturap. Tayar ini dihasilkan dengan rekaan bunga yang besar, lebih lasak, corak longkang yang dalam dan rekaan dinding tayar yang membantu ketika di laluan off-road.

Antara teknologi yang diperkenalkan oleh Toyo pada tayar ini ialah rekaan bunga tayar asymmetric. Rekaan luar menekankan pada cengkaman yang bagus apabila di jalan off-road. Sementara rekaan di bahagian dalam tayar memberikan prestasi brek, kestabilan dan bunyi yang senyap semasa memandu di atas jalan biasa.

Berbanding rekaan UT, bunga tayar AT Plus direka dengan corak blok besar. Ia mampu menawarkan cengkaman yang bagus pada permulaan pecutan serta longkang bunga besar bagi menghalang batu daripada terlekat, sekali gus memberikan aksi yang bagus semasa offroad.  

Bagi meningkatkan prestasi cengkaman, rekaan dinding tayar dibuat dengan agresif bagi membantu cengkaman di jalan berselut. Tayar ini juga diberi rumusan khas untuk prestasi yang lebih baik di atas permukaan jalan basah.

Toyo Open Country MT

Mud Terrain atau tayar untuk permukaan berlumpur adalah tayar khusus untuk kegunaan jalan berlumpur, tidak bertar dan pemukaan mencabar sepenuhnya. Tayar jenis ini sesuai untuk digunakan di laluan hutan, ekspedisi kembara dan pertandingan off-road.

Toyo Open Country direka dengan ciri-ciri berikut:

1. Bunga tayar yang lebih agresif berbanding tayar AT. Rekaan bunga tayar lebih dalam, lebih kasar dan corak seperti cangkuk yang lebih besar bagi mencengkam permukaan jalan berlumpur.

2. Bunga tayar pada bahagian tepi merupakan ciri khas yang akan menyingkirkan lumpur dan batu secepat mungkin bagi membolehkan tayar mendapat cengkaman terbaik.

3. Dinding tayar pula direka dengan corak lebih agresif supaya ia dapat mencengkam permukaan tanah sekiranya terbenam di dalam lumpur. Ia juga bertindak sebagai skup lumpur untuk membantu kereta bergerak keluar.

4. Bahagian dinding tayar diperkuatkan lagi dengan 3 lapisan nylon bagi menghalang batu atau permukaan jalan daripada merosakkan struktur tayar.

Sekarang, anda sudah tidak perlu pening untuk memilih tayar paling sesuai untuk jentera 4×4 mengikut kegunaan.

Terima kasih Toyo!

“Open Roads Await”.

Maklumat lanjut mengenai tayar Toyo, sila layari laman web: https://bit.ly/33BTwxZ

Google ads
Back to top button