Artikel PilihanBuletin

TAYAR TOYO TR1 AKAN KE PASARAN MALAYSIA!

Toyo Tires dijangka akan memperkenalkan Toyo Proxes TR1 yang merupakan versi baharu tayar berprestasi tinggi untuk pemanduan berprestasi ultra sport.

Tayar baharu ini dikatakan akan menggantikan Toyo Proxes T1R dengan beberapa pembaharuan seperti prestasi yang lebih baik, rintangan putaran lebih rendah dan jarak pemberhentian lebih pendek di dalam keadaan basah dan kering.

Apa yang istimewanya berbanding T1R?

Toyo TR1 menggunakan teknologi Keseimbangan Nano yang dibina dengan komponen silika sepenuhnya. Silika ini pula terdiri daripada polimer super-aktif yang mampu menghasilkan cengkaman terbaik dalam apa juga permukaan jalan.

Bahan tersebut penting bagi menambah baik keseimbangan di antara cengkaman dalam keadaan basah dengan rintangan putaran rendah.

Tayar ini juga dilengkapi teknologi T-mode yang menggunakan rekaan corak bunga tayar khusus yang menggunakan rekabentuk asimetrik dengan dua bentuk berbeza untuk pemanduan agresif dan juga pemanduan biasa.

Bila dilancarkan nanti, kami akan cerita lebih lanjut lagi!

GALERI

Google ads
Back to top button