Buletin

JUTAWAN, AHLI POLITIK PERANCIS MAUT NAHAS HELIKOPTER

Jutawan terkenal Perancis, Olivier Dassault terbunuh dalam nahas helikopter, kata sumber polis.

Beliau meninggal dunia sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) apabila helikopternya terhempas di Deauville, Utara Perancis, kata sumber Penyiasatan dan Parlimen.

Sebagai Anggota Parlimen untuk Parti Konservatif Les Republicains sejak tahun 2002, Olivier dianggap sebagai lelaki terkaya ke-361 di dunia bersama dua beradiknya, dengan kekayaan sekitar 6 bilion euro (AS$ 7.15 bilion) yang kebanyakannya diwarisi dari ayahnya, menurut Forbes 2020.

Kumpulan Dassault Aviation telah menjadi pengeluar utama pesawat Perancis sejak 70 tahun lalu.

Syarikat berkenaan merupakan pengeluar jet peribadi Falcon, pesawat tempur Mirage dan pesawat pejuang Rafale.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan dalam satu kenyataan di Twitter bahawa:

“Olivier Dassault cintakan Perancis. Seorang ketua industri, wakil rakyat, komander simpanan tentera utara, pendek kata, sepanjang hidupnya, mendiang tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara ini.”

Macron menyifatkan kematian Dassault kehilangan besar untuk negara dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. – agensi

Google ads
Back to top button