Buletin

SEWA HELIKOPTER, TABUR DUIT PADA MAJLIS KAHWIN ADIK

Empat beradik lelaki di Pakistan sanggup menyewa sebuah helikopter semata-mata ingin menaburkan duit dari udara untuk meraikan majlis perkahwinan ahli keluarga penuh bergaya.

Majlis berkenaan bukan sahaja menjadi bahan perbualan penduduk di Punjab tetapi menarik perhatian media arus perdana di negara itu

Difahamkan, salah seorang ahli keluarga Rana menetap di Itali sejak 20 tahun lalu dan menjalankan perniagaan di sana.

Menurut laporan Gulf News, adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain tinggal di Pakistan dan menjaga rumah serta tanah milik keluarga.

Pada minggu lalu, abang Rana kembali ke Pakistan untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya itu.

Dalam usaha untuk menjadikan majlis itu kenangan seumur hidup,  mereka menyewa sebuah helikopter pada harga 1.8 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM47,160).

Melalui udara, mereka menaburkan kelopak bunga ros ketika acara perarakan pengantin.

Bagaimanapun, para tetamu dalam majlis berkenaan turut ‘dihujani’ wang bernilai 2 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM52,400) dalam bentuk mata wang dollar dan euro. – agensi

Google ads
Back to top button