
VIRAL ‘PERANG MULUT’ BERLATAR BELAKANG HELIKOPTER.CUMA SALAH FAHAM, MEREKA DAH BERDAMAI
Pertelingkahan dua lelaki di pekarangan sebuah rumah, di Puchong, yang menjadi viral baru-baru ini dipercayai akibat salah faham.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bagaimanapun kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai.
“Kedua-dua mereka adalah sahabat dan pertelingkahan itu disebabkan salah faham antara mereka. Tiada perkara serius yang berlaku.
“Setakat ini tiada apa-apa laporan diterima berkaitan insiden itu dan kedua-dua lelaki itu sudah pun bersalaman..berbaik,” katanya.
Satu rakaman video berdurasi 38 saat menjadi viral di laman Facebook memaparkan pertelingkahan dua lelaki di pekarangan sebuah rumah di Puchong namun apa yang menarik perhatian netizen adalah sebuah helikopter yang diparkir di rumah berkenaan.
Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Rabu itu menyebabkan pergaduhan mulut sebelum cuba dileraikan individu lain di rumah berkenaan.
Selain helikopter yang diparkir di hadapan rumah, beberapa buah motosikal berkuasa tinggi turut menjadi tumpuan warga maya. – SH
- BACA: JUTAWAN SEWA HELIKOPTER DUA JAM. MENGIDAM NAK MAKAN BIG MAC, SUSU KOCAK MCD
- BACA: HELIKOPTER K-RACER DIJANA ENJIN KAWASAKI NINJA H2R
- BACA: HELIKOPTER BAWA ORGAN PENDERMA TERBABAS ATAS HOSPITAL. PEGAWAI PERUBATAN JATUHKAN PULA ORGAN TU!!!
- BACA: BERTEMBUNG DI UDARA, HELIKOPTER TERHEMPAS BERHAMPIRAN TAMAN MELAWATI








