
JUTAWAN SEWA HELIKOPTER DUA JAM. MENGIDAM NAK MAKAN BIG MAC, SUSU KOCAK MCD
Seorang jutawan Rusia sanggup membayar £2,000 (RM10,890) bagi penerbangan selama dua jam menaiki helikopter sewa khas semata-mata ingin menikmati makanan segera popular, McDonald’s.
Viktor Martynov, 33, menyewa helikopter untuk mendapatkan makanan tersebut untuk dia dan teman wanitanya ketika bercuti di Semenanjung Crimea, baru-baru ini.
Semenanjung Crimea yang dirampas Presiden Rusia, Vladimir Putin daripada Ukraine pada 2014, melaksanakan undang-undang menyekat syarikat dari negara Barat.
Ini menyebabkan restoran seperti McDonald’s tidak dapat beroperasi di rantau berkenaan.
Namun, Martynov yang bercuti di pusat peranginan Alushta, tiba-tiba mengidam untuk menikmati makanan segera restoran McDonald’s.

Menurut laporan Mirror UK, dia menempah penerbangan pergi balik sejauh 724 kilometer ke Krasnodar, iaitu bandar terdekat yang memiliki restoran tersebut untuk membeli Big Mac, kentang goreng dan susu kocak.
“Saya sedang bercuti bersama teman wanita dan tiba-tiba terasa mahu menikmati makanan yang saya biasa nikmati di Moscow.
“Jadi saya menempah sebuah helikopter, pergi ke Krasnodar, menikmati hidangan di sana dan kembali ke pusat peranginan,” katanya.
Syarikat sewaan helikopter itu pula memberitahu bahawa ini kali pertama pesawat mereka digunakan untuk memenuhi permintaan seperti yang dibuat Martynov.
“Kebiasaannya, pelancong menyewa pesawat kami untuk bersiar-siar atau menghadiri perjumpaan,” kata sumber. – agensi
- BACA: HELIKOPTER K-RACER DIJANA ENJIN KAWASAKI NINJA H2R
- BACA: HELIKOPTER BAWA ORGAN PENDERMA TERBABAS ATAS HOSPITAL. PEGAWAI PERUBATAN JATUHKAN PULA ORGAN TU!!!
- BACA: BERTEMBUNG DI UDARA, HELIKOPTER TERHEMPAS BERHAMPIRAN TAMAN MELAWATI
- BACA: TOM CRUISE MAKAN LUNCH NAIK HELIKOPTER. UNTUNGLAH TAK PAYAH REDAH TRAFIK JAM