
BRITAIN HARAMKAN PENJUALAN KENDERAAN PETROL,DIESEL PADA TAHUN 2030
Kerajaan Britain akan mengharamkan penjualan kenderaan baharu petrol dan diesel pada tahun 2030.
Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata pengharaman tersebut merupakan sebahagian perancangan negara terbabit menjadi neutral karbon menjelang 2050.
Beliau menjelaskan kerajaan akan melabur lebih £2.8 bilion (RM15 bilion) dalam kenderaan elektrik, mewujudkan point pengecasan dan membangunkan bateri tahan lama di kilang besar.
“Ia sekali gus akan membantu memberhentikan penjualan kereta dan van baharu petrol serta diesel pada 2030 nanti,” katanya pada Financial Times.
Bagaimanapun, penjualan kenderaan plug-in hybrid (PHEV) masih diteruskan sehingga tahun 2035.
Selain Britain, negara Eropah yang mengumumkan pengharaman penjualan kenderaan mendapat khidmat enjin pembakaran dalaman (ICE) termasuk Perancis dan Norway manakala Jerman masih melakukan kajian dalam pelaksanaan larangan itu. – carscoops
- BACA: KENDERAAN ELEKTRIK TERBAHARU BMW. SUT SAYAP, KELAJUAN MELEBIHI 300 KM/J
- BACA: NISSAN HENTIKAN PRODUKSI TEANA, SYLPHY & X-TRAIL DI THAILAND. MAHU FOKUS MODEL LEBIH KECIL DAN ELEKTRIK
- BACA: ORDER KERETA SPORTS ELEKTRIK, YANG SAMPAI GOLF KART WARNA MERAH JAMBU
- BACA: AIRBUS BAKAL PERKENAL 3 PESAWAT SIFAR EMISI








