,
Buletin

LELAKI BELI LAMBORGHINI HURACAN GUNA DUIT BANTUAN GAJI COVID-19

Seorang lelaki di Florida didakwa melakukan penipuan selepas menggunakan wang pinjaman Program Perlindungan Gaji (PPP) bernilai AS$4 juta (RM16.9 juta) untuk membeli sebuah kereta mewah.

Satu aduan dibuat di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menuduh David Hines yang berusia 30-an telah memohon pinjaman untuk beberapa syarikat berjumlah AS$13.5 juta (RM57.2 juta).

Hines bagaimanapun didapati menggunakan wang yang diterima untuk berbelanja di kedai mewah dan berbohong mengenai berapa jumlah yang sepatutnya perlu dibayar kepada pekerja.

Dia kemudian dikenakan tuduhan menipu bank, membuat penyata palsu kepada institusi kewangan dan melakukan transaksi daripada hasil yang tidak sah.

Bank AS dilapor telah meluluskan permohonan PPP yang menuntut pembayaran gaji kepada 70 orang pekerja dengan gaji bulanan berjumlah AS$4 juta (RM16.9 juta).

Pendakwa berkata, selepas menerima dana PPP, Hines didapati membeli sebuah Lamborghini Huracan 2020 pada harga kira-kira AS$318,000 (RM1.3 juta). Kereta itu didaftarkan bersama atas namanya dan salah satu syarikat miliknya. – Sinar Harian

Tags
Google ads
Back to top button