Buletin

9 KERETA TIRUAN DARI CHINA YANG BUAT PENGELUAR ASAL BENGANG

China memang terkenal dengan kelemahan penguatkuasaan hak cipta dan pemilikan sesuatu produk atau jenama. Jadi, masalah pelanggaran tanda dagang bukanlah sesuatu yang asing di sana. Walaupun ini merupakan satu perkara yang serius, kurangnya rasa hormat kepada harta intelek boleh dilihat dengan ketara dalam industri pembuatan kereta.

Senarai di bawah menunjukkan beberapa model kereta yang ditiru sama ada tepat, kebetulan atau pun sengaja dibuat dari segi nama mahu pun reka bentuk.

ORA Punk Cat

1. ORA Punk Cat

Great Wall Motors diasaskan pada tahun 1984 sebagai pengeluar automotif milik persendirian di Baoding, Hebei. Ia kini merupakan pengeluar kereta kelapan terbesar di China dan ORA ialah sub-jenama kereta elektrik keluaran mereka.

Macam mana mereka tidak terfikir Volkswagen tidak akan memperkatakan tentang kereta tersebut. Kecuali, mereka menjangkakan Volkswagen menyedari pada dasarnya ini adalah inovasi elektrik daripada model Beetle klasik.

Hengtian L4600

2. Hengtian L4600

Toyota Land Cruiser ialah SUV keluaran Toyota yang premium dan mahal. Hengtian L4600 mungkin kelihatan seperti Land Cruiser, tetapi ia nyata nampak murah.

Anehnya, L4600 dilapor mempunyai dalaman yang mewah dan dibalut kulit, lebih besar dan menggunakan enjin 4.6 liter V8. Tidak banyak yang boleh dicadangkan untuk Hengtian L4600 kerana jika anda melihat Land Cruiser, tiada ada apa yang boleh dibandingkan Hengtian L4600 ini.

Hunkt Canticie

3. Hunkt Canticie

Sejak April 2020, rakyat China boleh membeli sebuah Range Rover tiruan. Apa yang lebih menyedihkan, kenderaan itu dilihat memakai lencana Land Rover, Range Rover, Sport dan Autobiography. Mungkin kerana bosan atau dengan harapan ia mungkin boleh lari jauh dari reka bentuk Range Rover sehingga Land Rover tidak boleh menyaman mereka.

Stereng tiga jejari itu bukan cara Range Rover, dan Land Rover akan berasa malu dengan pelapis dan skrin LCD yang buruk.

Beijing BJ80

4. Beijing BJ80

Beijing BJ80 ialah Mercedes-Benz G-Wagen palsu yang terkenal di internet. Ia kelihatan seperti kenderaan dengan sepasang cermin mata hitam Versace tiruan.

Peniru Mercedes-Benz G-Class telah wujud cukup lama sehingga ia telah dikemas kini baru-baru ini dengan kluster instrumen digital, sistem infotainmen skrin sentuh yang besar dan navigasi satelit. Dengan enjin V6 turbo 3.0 liter, harga Beijing BJ80 ialah sekitar AS$50,000 (RM224,000).

Beijing Auto BJ80 SUV

5. Beijing Auto BJ80 SUV

Mercedes-Benz G63 AMG 6×6 ialah kenderaan edisi terhad yang mahal. Ia menampilkan gandar dan sepasang roda tambahan serta enjin V8 turbo berkembar AMG 536 berkuasa tinggi.

SUV Beijing Auto BJ80 ialah hasil peniruan murah yang menampilkan enjin empat silinder turbo tunggal 2.3 liter Saab yang dibeli oleh Beijing Auto Industrial Corporation (BAIC) daripada GM pada tahun 2009.

Sekurang-kurangnya Beijing Auto melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Kami cuba menghargai cangkuk tunda dan lencana 6×6 itu.

Songsan Dolphin

6. Songsan Dolphin

Menurut Songsan, apabila mereka mempamerkan Dolphin pada tahun 2020 di pameran kereta China, pengguna akan dapat membeli klon C1 Corvette pertama di AS pada harga AS$160,000 (RM717,000). Tetapi, tiada apa-apa berlaku selepas itu.

Kami syak Chevrolet mungkin mengarahkan peguam mereka untuk menghantar notis kepada Songsan.

Agak mengecewakan kerana siapa yang tidak mahu memiliki sebuah replika Corvette berkuasa hibrid paling ikonik daripada Songsan? Tetapi, harga yang ditawarkan itu memang tidak masuk akal.

Huansu C60

7. Huansu C60

Jika anda tidak mampu membeli Lamborghini Urus atau Porsche Cayenne dan tidak mengambil berat tentang keselesaan, keselamatan atau prestasi, maka Huansu C60 mungkin boleh menjadi pilihan.

Kami sebut Urus atau Cayenne kerana nampaknya pereka Huansu C60 tidak dapat memutuskan kereta Kumpulan Volkswagen mana yang hendak disalin, jadi mereka gabungkan sahaja.

Namun, pada harga AS$14,362 (RM64,400), anda tidak akan mendapat salinan yang tepat. Huansu C60 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter dengan kuasa dan tork yang menyedihkan.

Zotye SR8

8. Zotye SR8

Zotye SR8 lebih jelas dan pasti, dipengaruhi oleh rekaan Porsche Macan. Ia bukanlah sebuah kereta klon paling teruk dan boleh menipu orang biasa di jalanan. Tidak seperti Porsche, Zotye SR8 boleh dimiliki dengan transmisi manual pada model asas.

Malangnya, model asas itu dilengkapi dengan enjin Mitsubishi 2.0 liter yang menghasilkan 190hp. Bagi mereka yang tidak takut dengan DCT tiruan China, anda juga boleh memilih turbo 2.0 liter dengan 252hp atau enjin 3.0 liter, V6 3.6 liter atau diesel turbo V6 3.0 liter.

Dongfeng Hanma

9. Dongfeng Hanma

Dongfeng Hanma ialah cerita lama, tetapi ia mempunyai kisah pelik yang patut digali. Ia merupakan kenderaan perisai buatan China berdasarkan Humvee Amerika dan dikeluarkan untuk kegunaan kerajaan China oleh Dongfeng Motor Group.

AM General menyediakan Humvee kepada kerajaan China tetapi ditolak. Tetapi, apabila kerajaan China melihat keberkesanan Humvee dalam Perang Teluk pertama, ia mahu Hanma digunakan untuk PLA (Tentera Pembebasan Rakyat), yang merupakan sayap bersenjata Parti Komunis China.

Dongfeng Hanma ialah kenderaan pertama yang dihasilkan dengan alat ganti buatan AS dan bantuan AM General Motors, termasuklah casis Hummer H1. Kenderaan tersebut dikuasakan oleh enjin Cummins Diesel Dongfeng telah berjaya mendapatkan lesen untuk membina Dongfeng Hanma.

Kenderaan itu telah digantikan oleh Dongfeng Mengshi yang berkembang menjadi rekaan baharu dan ia hidup sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya.

Fakta kegemaran kami tentang Dongfeng Hanma ialah versi yang dilesenkan untuk dijual di luar negara dipanggil Kenderaan Utiliti Mobiliti Tinggi atau HMUV.

Google ads
Back to top button