
HONGQI HQ9, MPV MEWAH DARI CHINA
Jenama Hongqi dari China mula memasuki pasaran MPV apabila memperkenalkan prototaip HQ9 tanpa sebarang pelekat samaran yang jelas menunjukkan reka bentuk tidak jauh berbeza dengan model jenama lain.
Bahagian hadapan Hongqi HQ9 didominasi oleh gril besar dengan ‘vertical slate’ dan motif ‘Bendera Merah’ yang terkenal dari pembuat kereta itu.

Lampu LED dan lampu nyalaan siang (DRL) meningkatkan lagi penampilan MPV tersebut. Imej-imej yang dikongsi oleh pihak Autohome HQ9 juga kelihatan cukup mewah seperti model Hongqi seperti garis bumbung yang berkotak dan kemasan krom pada bingkai tingkap sisi, tiang D yang tebal itu juga menarik perhatian.
Bahagian belakang HQ9 dipasang dengan spoiler pada bumbung bersama lampu brek ketiga. Manakala lampu belakang yang melengkung dan bar lampu LED itu membuatkannya tambah menarik.
Ruang kabin HQ9 hadir dengan kluster instrumen dan skrin infohibur bersaiz yang besar pada papan pemuka.

Konsol tengah pula menempatkan tuil penukar gear kecil dan terdapat pad pengecasan telefon tanpa wayar. Tempat duduk dibalut kulit berwarna gelap dan lengkap dengan pelbagai pelarasan elektronik termasuk pada tempat letak kaki.
Media tempatan melaporkan bahawa Hongqi HQ9 akan menggunakan enjin empat silinder pengecas turbo 2.0 liter yang mampu menjana kuasa 252hp. Ia juga mungkin dipasang dengan rangkaian kuasa plug-in hybrid, namun spesifikasi itu belum tersedia.
GALERI