Buletin

QIANTU K20 KERETA SPORT ELEKTRIK BUATAN CHINA. HATCHBACK, 3 PINTU MACAM PELIK JE

Selepas mendedahkan kereta sport elektrik K50, pengeluar China Qiantu Motors agak senyap seketika daripada industri permotoran.

Bagaimanapun, syarikat terbabit kembali mewarnai pasaran automotif dengan pengenalan kereta sukan elektrik yang dikenali sebagai Qiantu K20.

Jentera terbaharu dua tempat duduk itu didatangkan rekaan hatchback tiga pintu yang tidak konvensional.

Kereta sport elektrik itu didedahkan melalui dua kereta konsep pada tahun 2018 dan 2019.

Model produksi masih mengekalkan bentuk asas dan garisan dinamik model-model konsep berkenaan tetapi diselitkan sentuhan K50.

Ia menampilkan footprint kompak hadir dengan lampu utama agresif, cermin hadapan memiliki cerun dramatik dan bahagian pintu mengambil hampir semua ruang antara tayar.

Selain itu, kereta sport elektrik tersebut hadir dengan dua tona warna, cermin belakang agak pelik dan lampu belakang LED.

Ruang dalaman pula, dilengkapi kokpit digital, instrumen kluster dan infotainmen.

Menurut laporan Car News China, K20 mendapat khidmat trenkuasa elektrik tunggal yang mampu menjana pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 4.7 saat.

Qiantu sudah mula mengambil tempahan K20 di pasaran China dan penghantaran pertama akan dilakukan pada suku keempat tahun ini. – carscoops

Google ads
Back to top button