Artikel PilihanBuletin

AAM SAH DIBATALKAN – PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

Kemelut pembatalan AAM dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) nampaknya masih belum reda. Meskipun AAM bertegas mereka masih sebuah badan yang sah, PJS nampaknya memberitahu bahawa AAM bukan lagi merupakan persatuan layak untuk menaungi apa juga bentuk sukan motor.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, PJS memberitahu situasi sebenar AAM yang telahpun ditamatkan kelayakannya semenjak November lepas.

Berikut ialah kenyataan rasmi Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

…………………………………………………………………..

Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah mengambil tindakan membatalkan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia AAM) pada 30 November 2018 kerana kegagalan mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.

Antara kesalahan yang dikenalpasti membawa kepada pembatalan in ialah dengan tidak mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) yang mengandungi dokumen seperti minit Mesyuarat Agung, senarai ahli jawatankuasa, penyata kewangan tahunan yang diaudit, laporan aktiviti tahunan dan senarai keahlian yang gagal dihantar sejak tahun 2016

Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana AAM masih tidak memberikan kerjasama walaupun telah beberapa kali diberi surat peringatan dan tunjuk sebab. Justeru tu PJS memutuskan bahawa AAM bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukan bermotor di Malaysia sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 20 Akta Pembangunan
Sukan.

Sebagai badan sukan yang telah dibatalkan, AAM tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan sama ada di dalam atau di luar Malaysia. AAM telah membuat rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan selaras dengan seksyen 21 akta namun rayuan berkenaan ditolak.

Federation Internationale de L’Automobile Motorcydisme (FIM) telah mengambil maklum mengenai pembatalan AAM sebagai badan sukan bermotor Malaysia melalui surat bertarikh 8 Mac 2019. Sehubungan itu, peranan sebagai badan pengelola sukan bermotor Malaysia akan diruskan oleh satu badan sukan baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Buat masa ini adalah dinasihatkan agar mana-mana pihak tidak berurusan dengan AAM sehingga badan pengelola baharu dmuktamadkan

DATO’ ZAITON OTHMAN
PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA
26 MAC 2019

………………………………………………………………………

Google ads
Back to top button