Artikel PilihanMotosikal

BOS DUCATI “KELIRU” DENGAN APRILIA DAN KTM

Isu protes aerogate pada swing arm Ducati nampaknya mencetuskan pelbagai persoalan tentang regulasi dan juga implikasi peraturan. Ia membuka mata ramai pihak bila keempat-empat pasukan membantah penggunaan alat tersebut.

Pasukan Aprilia Racing Team Gresini, Red Bull KTM Factory Racing, Repsol Honda Team dan Team Suzuki Ecstar telah mengajukan bantahan kepada penganjur tentang jentera Ducati GP19.

Pasukan ini menganggap Ducati telah menggunakan secara salah, peralatan aerodinamik yang dipasangkan pada lengan ayun (Swing arm) belakang jentera mereka, yang didakwa sebahagian daripada “spoiler” yang membantu motosikal Ducati dari sudut aerodinamik.

Meskipun Ducati didapati tidak bersalah dan kemenangan Dovizioso dikekalkan di Qatar, boss besar pasukan Ducati nampaknya jelas kecewa dengan tindakan protes tersebut.

Gigi Dall Igna dikatakan kesal dengan bantahan yang dibuat, terutamanya oleh pasukan yang berasal dari Eropah seperti KTM dan Aprilia yang turut serta bersama pasukan Jepun, Honda dan Suzuki dalam kumpulan tersebut.

” Saya tak faham mengapa KTM dan Aprilia bergabung dengan pasukan protest tersebut. Saya juga buntu memikirkan apakah mereka hanya terikut-ikut kehendak pasukan Honda atau ingin menjadi hero. Saya benar-benar tak faham tentang keterlibatan kedua-dua pasukan Eropah ini. Kita boleh terima jika ia dari Honda kerana mereka memang pesaing kami”

Google ads
Back to top button