
AEROFLOT SAMPAI BUAT RUANG DUDUK KHAS UNTUK PENUMPANG DEGIL
Syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot mengumumkan pihaknya akan mereka bentuk tempat duduk khas dalam pesawat bagi penumpang yang enggan memakai pelitup muka.
Jurucakap penerbangan itu, Yulia Spivakova berkata, tempat duduk khas berkenaan dikhususkan kepada para penumpang menyatakan keengganan tidak memakai pelitup muka selepas pintu pesawat ditutup.
Katanya, tindakan tersebut amat penting bagi pihaknya memastikan keselamatan semua penumpang.
Aeroflot menetapkan polisi kepada penumpang untuk memakai pelitup muka semasa penerbangan melainkan ketika makan dan minum.
Bagaimanapun, terdapat beberapa penumpang yang degil dan kerana tidak boleh menghalau penumpang ketika penerbangan, Aeroflot mereka bentuk tempat duduk khas bagi setiap pesawatnya.
Polisi pemakaian pelitup muka dalam pesawat berbeza di seluruh dunia dan syarikat penerbangan persendirian sering membuat peraturan sendiri.
Sehingga kini, menurut Reuters, Rusia melaporkan kira-kira 2.7 juta kes Covid-19 melibatkan 48,000 kematian.
Negara terbabit mengebalikan mandate pelitup muka nasional pada akhir Oktober lalu ketika kes mula melonjak. – agensi
- BACA: COVID-19: KREW PENERBANGAN CHINA DINASIHAT GUNA LAMPIN PAKAI BUANG
- BACA: AIRSIAL DIJANGKA OPERASI TAHUN DEPAN. JANGAN MACAM-MACAM, SYARIKAT PENERBANGAN ASLI DI PAKISTAN
- BACA: FIREFLY AKAN JADI SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL JIKA MALAYSIA AIRLINES DITUTUP
- BACA: GEROMBOLAN LEBAH ‘RAMPAS’ PESAWAT. DUA PENERBANGAN DITUNDA