
GEROMBOLAN LEBAH ‘RAMPAS’ PESAWAT. DUA PENERBANGAN DITUNDA
Pada kebiasaannya, penerbangan ditunda akibat masalah teknikal ataupun cuaca yang tidak menentu di udara.
Begitupun, lain pula cerita di India, dua penerbangan Vistara terpaksa ditunda kira-kira satu jam berikutan diganggu gerombolan lebah di lapangan terbang Kolkata baru-baru ini.
Kejadian pertama berlaku pada pukul kira-kira 4 petang Ahad lalu, apabila kumpulan lebah berkenaan muncul pada hangar sebelum pelepasan dan menjadikan tepi badan pesawat tempat beristirehat.
Pada hari berikutnya, kejadian sama berulang lagi tetapi kali ini lebah-lebah muncul di bahagian atas pintu kargo pesawat pula.
Dalam kedua-kedua kejadian itu, pihak bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk menghalau lebah tersebut.
Operasi menghalau lembah yang menggunakan pancutan air mengambil masa kira-kira 30 minit untuk meleraikan gerombo lebah itu.

Pengarah Lapangan Terbang Kolkata, Kaushik Bhattacharjee berkata, premis lapangan terbang termasuk terminal di bahagian luar dilakukan pemeriksaan untuk mengetahui sama ada terdapat sarang lebah.
Bagaimanapun, dia memberitahu ia gagal ditemui ketika pemeriksaan dan langkah pencegahan dilakukan termasuk menyembur racun serangga. – agensi.
- BACA: AIRSIAL DIJANGKA OPERASI TAHUN DEPAN. JANGAN MACAM-MACAM, SYARIKAT PENERBANGAN ASLI DI PAKISTAN
- BACA: SYARIKAT PENERBANGAN KOREAN AIR MAHU BELI PESAING ASIANA AIRLINES
- BACA: FIREFLY AKAN JADI SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL JIKA MALAYSIA AIRLINES DITUTUP
- BACA: TIKET PENERBANGAN TANPA HALA TUJU QANTAS SOLD OUT DALAM TEMPOH 10 MINIT!!!