Buletin

AIRASIA GROUP JUAL SAHAM AIRASIA INDIA BERNILAI RM152.6 JUTA KEPADA TATA SONS

AirAsia Group (AAG) yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 telah melepaskan 32.6 peratus saham dalam operasinya di India. 

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang murah itu menyatakan AirAsia Investment Ltd (AAIL) telah menjual saham AirAsia (India) Ltd (AAI) kepada Tata Sons Private Ltd India pada harga AS$37.66 juta (RM152.6 juta). Penjualan itu menjadikan pegangan saham dalam AAI kepada 16.33 peratus. 

“Transaksi ini selari dengan inisiatif kami untuk mengurangkan penggunaan tunai kumpulan. Ia juga membolehkan kami menggunakan tunai untuk meningkatkan penguasaan pasaran di ASEAN, terutama di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Selain pengembangan masa depan kami ke pasaran Kemboja, Myanmar dan Vietnam,” kata Presiden AAG (penerbangan), Bo Lingam. 

AAG bagaimanapun menegaskan India tetap menjadi pasaran utama untuk AirAsia. Tata Sons nyata menjadi rakan yang baik dan AAG tidak sabar untuk terus bekerjasama rapat pada masa depan. 

Beribu pejabat di Bengaluru, AAI terbang ke 19 destinasi di seluruh India menggunakan 30 unit pesawat Airbus A320. Penerbangan antarabangsa ke India dari Malaysia dan Thailand akan disambung semula sebaik sahaja pintu sempadan India dibuka. 

AirAsia terbang ke 100 kali seminggu ke India dari Malaysia dan Thailand ke sembilan destinasi di India. – The Star   

Google ads
Back to top button