Buletin

IMPAK COVID-19, AIRASIA JAPAN FAILKAN MUFLIS

Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) semalam memfailkan muflis.

“Langkah itu dibuat kerana ketidakmampuan bayar akibat penurunan permintaan bagi perjalanan berikutan sekatan perjalanan keluar masuk yang dikenakan susulan pandemik coronavirus,” jelas syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.

Pada 5 Oktober lalu, kumpulan itu mengumumkan ahli lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup operasi AAJ dengan serta-merta.

Ia sebagai usaha untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk akibat penularan pandemik COVID-19. – Bernama

Google ads
Back to top button