
HONDA EX5 EDISI ULANG TAHUN KE-35. 2 VARIAN, BERMULA RM4,783 SEUNIT
Boon Siew Honda (BSH) baru-baru ini memperkenalkan model ulang tahun ke-35 Honda EX5 yang cukup istimewa.
Kapcai lagenda itu didatangkan dalam dua varian iaitu rim lidi dan sport rim. Kedua-dua varian itu hadir dalam dua warna menarik iaitu merah metalik dan biru mutiara.
Ia juga menggabungkan reka bentuk ikonik bersama emblem istimewa dan jalur badan tersendiri.
EX5 dengan rim lidi ditawarkan pada harga RM5,009 seunit. Sementara varian sport rim pula berharga RM4,783.

Honda EX5 mula-mula dilancarkan ke pasaran tempatan pada tahun 1987. Dengan ketahanan luar biasa, ia menjadi kapcai pilihan ramai selama berdekad-dekad lamanya.
Dimiliki oleh lebih dua juta rakyat Malaysia, EX5 menawarkan satu mode pengangkutan yang mampu milik, tahan lasak dan menjimatkan.
Honda EX5 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 110cc. Ia mampu menjana kuasa 6.37 kW pada 7,500rpm dan tork 8.62Nm pada 5,500rpm.
Kapcai yang dilengkapi sistem pancitan bahan api PGM-Fi menjanjikan penjimatan bahan api dan mengurangkan emisi.
- BACA: HONDA EX5 2020. GRAFIK BAHARU, BREK DRAM, BERMULA RM4,783 SEUNIT
- BACA: HONDA EX5 2018 – GAYA VINTAJ PADA HARGA BERMULA RM5,150
- BACA: PRODUKSI HONDA EX5 DITAMATKAN
- BACA: YAMAHA 125ZR DIJUAL PADA HARGA RM85,000. INI BUKAN SEMBANG DERAS!
GALERI