Artikel Pilihan

APA BEZA PERODUA ALZA DENGAN TOYOTA VELOZ SELAIN DARIPADA LOGO?

Toyota Veloz, Daihatsu Xenia dan Perodua Alza dibangunkan melalui kerjasama antara 3 syarikat yang berbeza tapi dengan objektif yang sama iaitu menguasai pasaran MPV dengan sasaran pelanggan yang berbeza. Malah ketiga-tiga syarikat ini sebenarnya bersangkut paut antara satu sama lain.

Maka lahirlah Daihatsu Xenia dan Toyota Veloz bagi pasaran Indonesia dan Perodua Alza dan Toyota Veloz bagi pasaran Malaysia. Untuk rekod, berdasarkan laman sesawang UMW Toyota, model Veloz dijangka dijual pada harga RM 95,000 manakala Perodua Alza AV iaitu varian termahal dijual pada harga RM 75,500.

Antara perubahan fizikal yang boleh diperhatikan antara Perodua Alza AV dengan Toyota Veloz termasuklah:

1. Rekaan depan yang berbeza – walaupun kedua-dua model mengenakan rekaan floating grille, tapi secara keseluruhan rekaan depan Alza dan Veloz adalah berbeza. Alza dominan dengan rekaan X Face Design manakala floating grille Veloz menggunakan motif 3 segi dan logo Toyota diapungkan di bahagian tengah

Veloz juga seperti memiliki sepasang lampu DRL LED manakala Alza menggantikan unit DRL dengan lampu kabus. Anda hanya mendapat lampu DRL jika membeli pakej badan Gear UP

2. Rim berbeza – bagi pasaran Indonesia, Veloz menggunakan rim bersaiz 17 yang lebih besar berbanding dengan Alza yang menggnakan rim bersaiz 16. Berdasarkan gambar yang dipaparkan pada laman sesawang UMW Toyota, ia adalah rim yang sama digunakan pada model pasaran Malaysia

3. Lampu LED- dari segi rekaan Veloz menggunakan lampu LED dan lampu isyarat membelok yang diposisikan di bahagian bawah. Tapi kami tidak pasti samaada lampu LED ini memiliki ciri Adaptive Driving Beam ataupun tidak

4. Roof rail – satu lagi ciri yang unik pada Veloz ialah struktur sokongan bumbung atau roof rail yang membolehkan pemilik memasang kotak ruang simpanan tambahan pada bahagian bumbung bagi menyimpan barang

5. Lampu LED belakang – sekali pandang anda nampak sama sahaja lampu LED belakang pada Alza dan juga Veloz melainkan Veloz dipasang dengan LED Stripe atau lampu bar LED yang dipasang secara melintang pada bahagian pintu belakang. Ia nampak lebih menarik berbanding dengan Alza

6. Pengecas tanpa wayar – ciri ini unik pada Veloz sahaja dan berada di belakang suis EPB dan AutoHold. Bagi Perodua Alza, anda boleh mengecas telefon pintar anda melalui sambungan USB yang berada di sebelah penumpang depan

7. Sambungan telefon pintar – bagi Veloz, tekaan kami ialah ia akan mendapat kedua dua sambungan terkini iaitu Android Auto dan juga Apple Car Play mungkin melalui sambungan wayar. Bagi Alza, ia hanya menggunakan Android Auto sahaja.

8. Cat 2 Warna – Veloz juga menggunakan 5 warna yang berbeza dengan Alza, hanya 1 warna sahaja yang sama iaitu warna putih. Bagi warna istimewa Veloz, ia akan datang dengan 2 kemasan warna iaitu warna badan (biru metalik dan perak metalik) dan juga bumbung dicat dengan warna hitam. Alza hanya menggunakan 1 tona warna sahaja.

9. Lampu Kabin – berdasarkan spesifikasi Toyota Veloz pasaran Indonesia, Veloz pasaran Malaysia juga akan menerima lampu kabin yang akan dipasang pada perumah tombol gear dan juga pada bahagian pintu. Pada waktu malam, ia akan memberikan efek pencahayaan yang lebih menarik

Kalau anda tiada masalah dengan bajet dan inginkan kelainan, adakah anda akan memilih Toyota Veloz atau memilih Perodua Alza AV?

Google ads
Back to top button