
BAHAYA KE KALAU PARKIR BREK DIAKTIFKAN KETIKA MEMANDU? BOLEH DRIFT?
Proton X50 membuktikan dengan varian 1.5T Standard, ia mampu menyediakan ciri EPB atau electronic parkir brek bagi menggantikan brek tangan mekanikal. Bayangkan satu ketika dulu ciri ini hanya ditemui pada kereta yang mahal sahaja mulai digunakan pada kereta mampu milik pada harga kurang RM 100,00
Bukan itu sahaja, X50 1.5T juga bahawa ciri EPM mereka datang dengan ciri AutoHold iaitu hanya dengan menekan brek ketika di lampu isyarat merah, ciri ini akan membrek secara automatik untuk anda. Ketika lampu mulai hijau, tekan sahaja pedal minyak dan kereta berjalan seperti biasa.
Bagi Perodua Alza, ciri ini hanya ditawarkan pada varian AV sahaja dimana hanya varian AV sahaja menggunakan brek cakera pada roda belakang. Selain daripada mudah untuk digunakan, ciri ini juga menjadikan ruang pemandu nampak kemas dan moden
Ia juga menjadikan ruang semakin besar kerana tuil mekanikal tidak lagi digunakan dan digantikan dengan butang yang lebih ringkas dan mudah dioperasikan. Tapi, apa akan jadi KALAU butang ini diaktifkan ketika anda memandu?
Dalam video yang ditunjukkan oleh seorang Youtuber, jika anda mengaktifkan butang ini ketika memandu kesan yang dihasilkan pada kereta ialah sama seperti anda menarik brek tangan manual ketika memandu. Terdapat bunyi EPB diaktifkan, diikuti dengan pergerakan kereta Honda Accord semakin perlahan dan juga berhenti.
Dalam video di bawah, seorang lagi Youtuber juga berani mencuba perkara yang sama pada kereta Ford miliknya. Jika anda menonton video di bawah, anda akan perasan bahawa jika anda mengaktifkan suis EPB seketika ia akan mengaktifkan brek belakang dan lampu brek akan menyala
Michael Vaim iaitu pemandu ini juga menyatakan jika anda terus mengaktifkan brek EPB secara berterusan, parkir brek akan diaktifkan sehingga kereta Ford miliknya berhenti secara terus. Jika butang tersebut dilepaskan, maka kuasa brek akan dihentikan terus. Namun Michael mengatakan ia bukanlah praktis yang bagus dan mungkin memendekkan jangka hayat sistem EPB



