Buletin

ASIA PACIFIC RALLY CHAMPIONSHIP 2022 DANAU TOBA – KARAMJIT SINGH JUGA TURUT SERTA!

Sebelum ini, saingan rali serantau, Asia Pacific Rally Championship (APRC) turut terjejas akibat dek penangan Covid-19. Kali terakhir saingan APRC berlangsung adalah pada 2019 yang lalu. Dan musim ini saingan APRC kembali lagi. Walau pun Malaysia tidak lagi menganjurkannya, negara jiran bakal menjadi lokasi salah satu saingan APRC 2022 ini pada 23 – 25 September ini. Jom baca apa yang menarik tentang APRC kali ini.

  • Saingan APRC kali ini kembali berlokasikan di Danau Toba, Indonesia sebuah lokasi yang agak sinonim juga dengan penganjuran acara rali di sana
  • Pusingan APRC sebelum ini telah berlangsung di Jepun dengan dimenangi oleh pelumba Finland Heikki Kovalainen yang memandu Skoda Fabia R5.
  • Perlumbaan APRC Danau Toba ini bakal melewati kawasan di Sumatera Utara meliputi Aek Nauli dan juga Parapat, sebuah lokasi yang cukup popuar di kalangan pelancong. Ianya akan berlangsung serentak dengan Kejuaraan Rally Nasional pusingan kedua
  • Khabarnya sejumlah 62 pelumba bakal memeriahkan perlumbaan kali ini.
  • Tumpuan pastinya terarah kepada pelumba Ryan Nirwan yang memandu jentera Toyota GR Yaris AP4 dan telah pun memenangi perlumbaan sulung Kejuaraan Rally Nasioanl 2022, juga di Danau Toba bulan lalu.
  • Pelumba lagenda rali Indonesia, Rifat Sungkar yang sekali lagi akan memandu Mitsubishi Xpander AP4 bersama gandingan Juruarah baharu Benjamin Richard dari Australia.
  • Paling menarik, apabila lagenda rali Malaysia, Karamjit Singh turut bakal beraksi di APRC Danau Toba ini bersama jentera Proton Gen2 Turbo beliau yang telah dikirimkan ke Sumatera Utara pada minggu lalu. Karamjit Singh yang bergandingan dengan Jagdev Singh bakal bernaung di bawah pasukan DMD Garage yang berpangkalan di Indonesia dan bakal menggunakan khidmat krew dari sana.
  • Seperti biasa, saingan rali di Indonesia dewasa ini cukup meriah dengan kehadiran jentera rali yang moden dan mahal seperti Skoda Fabia R5 (ada tiga unit khabarnya termasuk sebuah milik pasukan LFN Sederhana Racing Team. LFN Sederhana Racing Team turut mempertaruhkan beberapa jentera handalan seperti Nissan Micra Proto dan juga Mitsubishi Evo 8. Dua buah Jentera Citroen C3 R5 milik pasukan Jagonya Ayam akan turut beraksi. Fuhhh!
  • Khabarnya pihak FIA telah pun menawarkan dua pusingan perlumbaan kepada Indonesia bagi musim hadapan. Terserah kepada pemerintah di sana untuk menerima atau tidak tawaran tersebut.
  • Apa pun, semoga yang terbaik buat penganjuran di sana dan semoga pelumba handalan kita Karamjit Singh dapat mengharumkan nama negara sekali lagi. Ayuh!

BACA : TOYOTA GR YARIS AP4 PULA MENDARAT DI INDOENSIA. KAYA SULTAN BETUL PEMILIKNYA KAN?

BACA : PEMANDU INDONESIA BELI SKODA FABIA RALLY2 EVO – WOW!

Google ads

B K

Back to top button