Artikel Pilihan

TOYOTA GR YARIS AP4 PULA MENDARAT DI INDOENSIA. KAYA SULTAN BETUL PEMILIKNYA KAN?

Senario rali di negara jiran Indonesia cukup meriah. Bukan setakat dengan pertandingan yang diadakan, malah kelibat kereta rali yang bertanding juga cukup meriah dan mengujakan. Sebelum ini mereka sudah ada Citroen R5, Mitsubishi Xpander AP4, Mazda 2 AP4, dan antara yang terbaru tiba di Indonesia adalah Skoda Fabia R5. Dan khabar terbaharu, sebuah kereta rali moden, Toyota GR Yaris AP4 juga sudah  tiba di sana.

Toyota GR Yaris AP4 serba baharu ini adalah milik pemuda bernama Ryan Nirwan yang berasal dari Kalimantan Timur. Sebelum ini, Ryan Nirwan yang mewakili pasukan BRM Motorsport dengan memandu Subaru Impreza WRX STi. Jelas sekali, susuk  tubuh Toyota GR Yaris AP4 ini menggunapakai livery pasukan handalan Toyota Gazoo Racing. Dan sudah pastilah Toyota Gazoo Racing Indonesia tampil selaku penaja utama beliau.

Ada cerita menarik untuk dikongsikan tentang Bagaimana beliau mendapatkan model hatchback yang menjadi buruan sang lelaki di seluruh pelusuk dunia. Pada tahun Febrruari 2020, beliau telah cuba untuk memiliki Toyota GR Yaris ini melalui cabutan undian 100 model pertama di Jepun yang diwakilkan oleh seorang teman di sana. Dijadikan rezeki, beliau Berjaya memilikinya. Dan pada April tahun yang sama, kereta tersebut segera di hantar ke New Zealand untuk proses pembuatan mengikut spesifikasi AP4. Setelah menunggu lebih dari dua tahun, akhirnya Toyota GR Yaris AP4 tersebut pun selamat tiba di Indonesia.

Sebagai sebuah kereta rali, sudah tentu banyak perkakasan telah diganti baharu bagi memenuhi impian sebuah kereta rali AP4 yang laju. Menurut Ryan Irwan, hanya kerangka asal, enjin dan juga cermin hadapan juga merupakan bahagian asal yang dikekalkan dan diguna semula.

Dengan kit badan yang mengembang kiri kanan, sayap belakang dua lapisan cukup membuatkan GR Yaris AP ini kelihatan garang dan laju. Walau pun enjin asal 1.6 liter tersebut masih dikekalkan, namun beberapa spesifikasi dan rekaan model Skoda R5 di bahagian enjin telah diaplikasikan. Justifikasinya mudah, Ryan Nirwan mahukan kereta rali beliau mampu juga bersaing secara kompetetif dengan model R5 di peringkat nasional mahupun serantau.

Enjin asal ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 310 HP dan 435 Nm. Cukup tinggi sebenarnya kuasa tujahan yang diberikan, apatah lagi mengambil kira beban berat model GR Yaris ini yang pastinya lebih ringan. Aspek keselamatan turut diberikan keutamaan seperti pemasangan sangkar keselamatan, tempat duduk OMP lengkap dengan tali pinggang keselamatan enam titik. Laju laju juga. Keselamatan tetap kena diutamakan.

Demi mencapai keseimbangan pemandan pada jentera rali ini, tempat duduk telah dianjakkan sedikit kebelakang bagi memastikan agihan berat jentera 45:55 dapat dicapai. Ini adalah untuk memastikan jentera ini kekal stabil dan mampu kembali memecut apabila pengagihan berat badan jentera yang diingini.

Tahukah, minggu lepas juga baru berlangsungnya perlumbaan rali di Danau Toba dengan menyaksikan jentera ini menggungguli saingan sekali gus mengenepikan jentera rali yang lain? Kehandalannya sudah terbukti.

Kredit Foto : Raceporter Indonesia

BACA : PEMANDU INDONESIA BELI SKODA FABIA RALLY2 EVO – WOW!

BACA : MITSUBISHI XPANDER AP4 – KERETA RALI KONSEP SENTUHAN INDONESIA

Google ads

B K

Back to top button