Buletin

PENGEDAR NISSAN DI AUSTRALIA TUKAR NISSAN LEAF DENGAN SKYLINE R43 GT-R SPEC II?

Pengedar Nissan di Australia menjadikan Skyline GT-R yang ikonik sebagai pertukaran untuk Leaf elektrik. Eagers Nissan menyiarkan foto seorang lelaki bernama Barry memegang kunci Nissan Leaf, dan Nissan Skyline GT-R R34.

‘Dengan kenaikan harga bahan api, Barry tidak wajar menggunakan R34 GT-R V Spec II. Nasibnya baik, kami melakukan pertukaran terus dengan Nissan Leaf elektrik sepenuhnya baharu.’ Memetik kapsyen foto tersebut, berlatarbelakangkan Wangan Blue.

Sudah tentu anda meraguinya. Barangkali ini adalah aksi pemasaran dilancarkan oleh Nissan. Malah sekiranya anda bukan peminat kereta sekali pun, adalah merugikan menukar Skyline GT-R R34 bernilai lebih daripada AS$80,000 (RM364,560).

Skyline GT-R malah boleh dijual pada harga AS$549,000 (RM2 juta) berbanding menukarnya dengan Nissan Leaf dimana harganya bermula di bawah AS$30,000 (RM136,710).

Ketika cerita tersebut heboh di sosial media, sebenarnya kereta itu berada di pengedar secara pinjaman daripada Street FX Motorsport untuk masa yang terhad sahaja, menurut siaran Instagram Eagers Nissan empat bulan lalu, kereta itu adalah lekapan biasa untuk garis masa media sosial, termasuk video memberitahu orang ramai untuk memeriksa kereta di pengedar.

Street FX membalas siaran Facebook Eagers Nissan enam jam setelah ia disiarkan, dengan mengatakan bahawa “this has been the worst trade deal in the history of trade dealer, maybe ever… Seriously Barry.”

Google ads
Back to top button