Artikel Pilihan

PEMANDU INDONESIA BELI SKODA FABIA RALLY2 EVO – WOW!

Sebagai peminat sukan rali, BK sememangnya memerhatikan dengan rapat sukan rali di negara jiran terutamanya Indonesia. Boleh dikatakan, senario sukan rali di sana lebih baik, terutamanya membabitkan kereta rali. Daripada jenis yang old skool, sehinggalah ke jentera moden yang dibina khusus seperti Mitsubishi Xpander AP4 dan juga Citroen C3 R5 yang dimiliki oleh pasukan tajaan KFC Indonesia.

Dan baru – baru ini, seorang kenalan BK dari negara jiran telah memuat naik status tentang perihal beliau sedang menjalani latihan di Skoda Motorsports, Republik Czech berkenaan urusan pengendalian jentera rali Skoda Fabia Rally2 Evo. Maka, teruslah sahaja BK meng-roger si Loqy Siregar selaku orang kuat daripada Riverside Rally Team yang juga merupakan mekanik tersohor di Indonesia.

Sedikit info awal, Loqy Siregar ini merupakan pemilik bengkel kereta yang terletak di pinggir sungai (sebab itulah dinamakan Riverside Rally Team) dengan kerja kerja penyedian kereta lumba untuk perlumbaan drag di kala itu. Masih belajar di Universiti pun sudah memiliki bengkel khusus. Power juga si Loqy ini. Dan apabila tamat belajar, beliau meneruskan kerjaya beliau di bengkel sendiri.

Dan tahun tahun mendapat, penjenamaan Riverside Rally Team ini semakin kukuh apabila mereka memutuskan aktif dalam sukan rali. Malah Om Loqy ini sendiri pernah aktif sebagai pemandu namun kini beliau lebih kepada kerja – kerja yang beliau pakar dan arif dibelakang tabir sahaja.

Dan diantara mereka yang pernah bernaung bersama pasukan ini adalah Saudara Rachmat yang pernah berlumba di saingan MRC beberapa tahun sebelum ini bersama Evo beliau. Dan kini Rachmat memandu Nissan Micra Proto yang mana hasil kerja talaan adalah hasil tangan Loqy sendiri.

Dan khabar terkini hasil risikan BK, Loqy kini telah selesai menjalani latihan selama empat hari tentang pengendalian model jentera rali terkemuka dunia, Skoda Fabia Rally2 Evo yang mana menurutnya pemilik jentera tersebut adalah Haji Putra, adik kepada Rachmat sendiri.

Tambah Loqy, sepanjang berada di Pusat Skoda tersebut, beliau telah didedahkan tentang latihan intensif untuk servis dan talaan seperti kotak gear, diff (depan & belakang), driveshaft dan juga sistem ampaian. Loqy merupakan individu yang paling penting untuk menjaga hal ehwal jentera Skoda Fabia Rally2 Evo ini kelak terutamanya bagi persedian perlumbaan rali musim 2022 nanti.

Menurut Loqy lagi, ketika di sana, beliau sempat juga bertemu dengan Mr. Václav Trkola yang mana menurut beliau sosok tubuh ini khabarnya pernah berurusan di Kuala Lumpur dan turut dikenali oleh beberapa penggiat rali tanahair seperti Karamjit Singh, Jagdev Singh dan juga Saladin Mazlan.

Masalahnya kan, berapa banyaklah pulak si pemilik bayar kepada Skoda untuk membeli model Fabia Rally2 Evo ini. Bukannya sikit sikit duit habis ni. Bukan setakat juta, milion rupiah habis ni oi!

Yang pasti, senario rali di Indonesia pasti akan bertambah meriah dengan kehadiran model rali terkini seperti Fabia Rally2 Evo ini. Lepas menulis artikel ni terus terasa lapar Nasi Padang. Tiberrrrrr.

BACA : MRC RALI TERENGGANU 2018 – RACHMAT LAKUKANNYA BUAT KALI KETIGA BERTURUT – TURUT

BACA : CITROEN C3 R5 WUJUD DI INDONESIA NI TEMAN TEMAN

Google ads

B K

Back to top button