Buletin

MERCEDES-BENZ MALAYSIA TANDATANGANI MOU DENGAN MONTFORT BOYS TOWN UNTUK PROGRAM ADVANCED MODERN APPRENTICESHIP

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan Montfort Boys Town dari Shah Alam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selama dua tahun berhubung program Advanced Modern Apprenticeship.

Melalui pendidikan dan komitmen, pengambilan dan inkubasi pelajar sekolah menengah dimulakan dengan aktiviti seperti ‘Train the Trainer’ di mana MBM akan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan kepakaran mengenai model semasa Mercedes-Benz. Aktiviti tersebut akan mendapat tunjuk ajar dari jurulatih Montfort Boys Town.

Kurikulum latihan ini bertujuan mendedahkan dan menyediakan pelajar yang berminat kepada program Advanced Modern Apprenticeship selepas mereka tamat sekolah menengah.

Sebelum mereka diserap masuk ke program tersebut, Penilaian pra-pendaftaran tahunan akan dijalankan untuk pelajar Montfort Boys Town. Program Advanced Modern Apprenticeship oleh Akademi Latihan MBM ialah kursus perantisan tiga tahun yang merangkumi pelbagai sukatan pelajaran dan garis panduan latihan yang diluluskan secara global oleh Latihan Global Mercedes-Benz.

Program ini menggabungkan Kelayakan Antarabangsa sehingga Tahap 3 dan diiktiraf oleh jabatan pembangunan kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pelajar yang berjaya mendaftar dalam perantisan akan menerima biasiswa penuh dan menjadi pelatih sepenuh masa di bawah MBM. Mereka akan menerima elaun bulanan RM800 sepanjang program tiga tahun, paling penting mereka dijamin mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dengan gaji minimum pada tahun pertama.

Graduan juga mempunyai banyak peluang selepas itu dengan Mercedes-Benz di mana mereka boleh dinaikkan pangkat ke jawatan pengurusan dalam jabatan perkhidmatan pelanggan selepas menamatkan kelayakan tahap diagnostik mereka.

Profil baharu untuk Pakar Kenderaan Elektrik yang dikenali sebagai Pakar dalam Voltan Tinggi (EHV) telah dibangunkan oleh Mercedes-Benz sebagai sebahagian daripada strategi jenama dan hala tuju global untuk menerajui elektrik.

Sukatan pelajaran baharu ini akan diperkenalkan bermula untuk pengambilan 2022. Modul sedia ada akan ditambah sebagai sebahagian daripada usaha jenama itu untuk melatih graduan agar bersedia untuk tuntutan mobiliti pada masa hadapan.

Kelas tamat pengajian program tahun 2021 dan 2022 menyaksikan sejumlah 99 pelatih menamatkan latihan mereka dan kini menjadi juruteknik bertauliah di peringkat global.

Dua pelajar telah dianugerahkan Anugerah Pelajar Terbaik yang cemerlang dalam setiap aspek sepanjang kursus tiga tahun iaitu merangkumi ketepatan masa, kecekapan kerja, penggunaan alatan yang betul, pengetahuan, kesedaran keselamatan, tingkah laku, kemahiran interpersonal, sikap kerja dan bertanggungjawab.

Lebih 900 perantis sejak 1984 telah lulus dari Akademi Latihan MBM yang bekerja dengan rangkaian pengedar sah jenama itu dalam pelbagai jawatan merentasi pengkhususan yang berbeza.

MBM berkata bahawa program itu mempunyai sekurang-kurangnya 60 pelajar setiap tempoh pendaftaran dengan anggaran pelaburan kos sebanyak RM100,000 bagi setiap pelajar sepanjang tempoh perantisan.

Google ads
Back to top button