Buletin

IROJ 2018 – YUYA SUMIYAMA DAN RACHMAT MENGUASAI APRC & MRC

Setelah dua hari bertarung sengit dalam Ladang Tai Tak dengan cuaca kering dan berdebu, International Rally of Johor 2018 akhirnya melabuhkan tirainya apabila Yuya Sumiyama dan Rachmat masing-masing menguasai saingan APRC dan juga MRC.

BACA : RODUWAN RASHID JUARA MRC 2017 RALLY OF PERLIS

BACA : OLE CHRISTIAN VEIBY JUARA APRC JOHOR – 4 MINIT DIDEPAN PEMENANG KEDUA

Bagi saingan APRC, Yuya Sumiyama yang selesa mendahului semenjak hari pertama saingan lagi tidak menghadapi masalah untuk memecut laju di celah-celah pokok kelapa sawit bersama kereta Skoda Fabia R5 beliau. Ternyata, Toyota Vitz AP4 yang dipandu rakan sepasukan Mike Young kelihatan sedikit ketinggalan berbanding kereta R5 yang mempunyai kelebihan yang nyata.

Sungguhpun demikianm pihak Cusco ternyata berpuas hati dengan ketahanan kereta Toyota Vitz mereka yang mampu mengharungi kondisi cuaca yang cukup mencabar apabila beraksi di Johor. Dengar kata, pihak Cusco telah bercadang untuk menjual peralatan AP4 mereka kepada pelanggan kelak.

Bagi saingan rali tempatan pula, pelumba dari Indonesia, Rachmat yang memandu kereta Mitsubihsi Evo 9 turut tidak menghadapi masalah untuk mengungguli saingan dengan kelebihan masa lebih empat minit berbanding pemenang tempat kedua Satoru Ito yang turut memandu Mitsubishi Evo X.

Ternyata, persiapan rapi Rachmat bersama pasukan MRU Motorsports sebulan yang lalu sewaktu menjalani ujian persendirian di Tanamera membuahkan hasil. Ironinya, Evo 9 Rachmat yang turut dilengkapi dengan kotak gear berjujuk membuatkan Evo X kelihatan sukar untuk mengejar di celahan anak pokok sawit.

Tempat ketiga pula diraih oleh Haji Suhaimi dari pasukan One Motorsport BDRT sambil diikuti oleh Roduwan Rashid di tempat keempat. Masih boleh diharap juga Subaru Impreza GC8 New Boyz mereka ini walaupun dikhabarkan kereta ini turut menghadapi sedikit masalah sewaktu perlumbaan. Kereta si Chepot katanya menghadapi masalah Power Stereng sewaktu berlumba.

Sungguhpun demikian, dari segi pungutan mata sepatutnya Haji Suhaimi sedang mendahului dek kerana undang-undang memerlukan pelumba yang ingin mengutip mata perlumbaan perlu mempunyai lesen perlumbaab sah yang dikeluarkan oleh AAM sahaja. Sayang pula dah menang tapi tak ada kutipan mata. Rugi. Rugi.

Bagi saingan kelas 2WD pula, menyaksikan persaingan sengit dan terbuka setelah beberapa nama regular telah naik pangkat beraksi dalam saingan 4WD. Pelumba 23 Motors Roby Agusman Harahap yang memandu Proton Satria Neo muncul juara setelah berada di posisi ketujuh keseluruhan IROJ. Melengkapi senarai kedudukan sepuluh pelumba terbaik adalah Takeshi Azuma, Norazizi Zainal Abidin dan Abdul Ghaffar Alias.

Pusingan kedua dijangka berlangsung pada September nanti di Seri Manjung, Perak pula. Tahniah kepada semua pelumba dan peminat dunia rali. Jumpa di sana Yeop!

Kredit : MalaysianRally

Google ads
Back to top button