Artikel Pilihan

TOYOTA VITZ AP4 – KECIL-KECIL SEMUT API

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Masih lagi dalam mood rali, Brader Karrager (dah lama) tertarik untuk mengkaji asal usul kereta yang asalnya kelihatan sangat comel untuk dipandu santai oleh golongan hawa dan tidak berapa nak hawa tapi berubah karektor kepada anak monster yang mampu menggigit setelah disumpah menjadi AP4.

BACA : HOLDEN BARINA AP4 – KERETA RALI DARI NEW ZEALAND

BACA : SKODA FABIA R5 – KECIL-KECIL CILI API

Seperti yang sedia maklum, AP4 ini adalah kelas kereta rali yang agak baharu sesudah pengenalan R5 sebelum ini yang mana R5 lebih tertumpu kepada kereta keluaran Eropah manakala AP4 ini lebih pembinaan kereta rali di Rantau Pasifik dengan kos yang lebih murah berbanding pembinaan R5.

Sebetulnya, Toyota Vitz atau pun nama lainnya Toyota Yaris adalah kereta subkompak yang dibina khusus untuk pasaran Eropah (Yaris) dan Vitz bagi pasaran tempatan Jepun sendiri. Umum juga mengetahui bahawa Toyota turut mempunyai sebuah kereta yang bersaing dalam saingan tertinggi rali, Toyota Yaris WRC yang dibina oleh Toyota Gazoo Racing.

Barangkali disebabkan itu, maka timbullah idea buat pasukan yang ingin membina kereta lumba rali sendiri. Apatah lagi setelah kelas AP4 diperkenalkan. Dan Cusco Racing yang sangat aktif dalam perlumbaan telah mengambil langkah untuk menjelmakan sebuah Toyota Vitz AP4 sebagai ‘tikus makmal’.

Bermula musim saingan APRC 2018, tugas untuk menguji kereta ini telah diserahkan kepada pelumba regular mereka, Mike Young. Sebelum ini, beliau juga pernah memandu Proton Satria Neo & Subaru Impreza hasil talaan Cusco juga.

Menarik tentang Vitz AP4 ini, ianya telah dipasangkan dengan enjin Lexus 2.0 dengan pengecas turbo, hasil kerjasama dengan pihak TRD sendiri. Walaupun syarat AP4, harus menggunakan enjin 1.6 liter, namun Vitz ini masih boleh bersaing dalam kelas ASN. Terima kasih kepada penggunaan restrictor 33mm seperti yang ditetapkan.

Barangkali ada yang mungkin bertanya mengapakah rakan sepasukan Yuya Sumiyama diberikan kelebihan memandu Skoda Fabia R5. Sebenarnya, pihak Cusco sengaja memilih sebuah kereta yang diakui kepantasannya untuk dijadikan penanda aras kepada keupayaan dan kemajuan Vitz AP4 ini.

Walau pun dalam dua saingan APRC sebelum ini Toyota Vitz AP4 ini mengalami masalah, namun ianya masih mampu mencatatkan masa yang agak baik dengan mengejar kereta di hadapan. Dan hasilnya, sewaktu perlumbaan APRC pusingan ketiga di Johor minggu sudah, kereta ini mula menunjukkkan potensinya yang sebenar apabila mengharungi keadaan cuaca dan permukaan perlumbaan dunia rali yang sebenar.

Pihak Cusco pun nampak berpuas hati dengan prestasi dan data yang berjaya dikumpul. Sudah sampai masanya pula mereka untuk memasarkan kit AP4 kepada pelanggan yan berminat.

Oh ya, sebetulnya wujud sebuah lagi sebuah Toyota Yaris AP4 di dunia ini yang mana ianya telah dibina secara indie oleh pelumba dari Australia Harry Bates.Toyota Yaris AP4 tersebut dilengkapi dengan enjin asal Corolla Sportivo 1.8 liter yang telah dikecilkan kepada 1.6 liter lengkap dengan pengecas turbo.

Nampak macam sama. Tapi bukan dia.

Kredit Foto : FB Cusco & Neal Bates Motorsport

 

Tags
Google ads
Back to top button
Close