Buletin

ASTON MARTIN JAMES BOND YANG HILANG PADA 1997 DITEMUI DI TIMUR TENGAH

Pada tahun 1964 Aston Martin telah memperkenalkan DB5 yang dipandu oleh Sean Connery dalam Goldfinger adalah salah satu kereta filem paling ikon sepanjang zaman. Malangnya, salah satu daripada dua DB5 yang digunakan dalam filem itu telah hilang selama lebih dari 20 tahun – sehingga kini.

Kereta filem terkenal itu dicuri dari hangar lapangan terbang di Florida Keys pada tahun 1997 dan tidak pernah ditemui sejak itu, namun baru-baru ini o Auto Classics Aston Martin DB5 itu telah ditemui di lokasi rahsia di Timur Tengah.

Art Recovery International telah diupah oleh firma insurans untuk mengesan DB5 yang hilang telah diberitahu kereta itu ditemui ke Timur Tengah selepas ia dicuri dari hangar lapangan terbang.

“Saya telah diberikan maklumat khusus, kami sedang berusaha melakukannya,”. Christopher A Marinello, ketua eksekutif Art Recovery International, memberitahu media.

Selepas penggambaran untuk Goldfinger selesai, pengumpul kereta Richard D Losee membeli DB5 dari Aston Martin pada harga USD12,000 (RM48,750).

Beliau kemudian menjualnya kepada pengumpul kereta Anthony Pugliese III USD250,000 (RM1.01 Juta) pada tahun 1986, yang menyimpannya di hangar Lapangan Terbang Boca Raton. 

BACA: ASTON MARTIN DBS SUPERLEGGERA 715HP

Ia kemudiannya hilang pada tahun 1997.

Model yang disiapkan khas bagi filem GOldfinger itu telah diubahsuai dengan pelbagai alat termasuk senapang mesin, pisau tayar dan minyak, asap dan pemancar air. Pada nilai hari ini, dianggarkan, kereta tersebut bernilai $13 juta (RM52.8 Juta)

Google ads
Back to top button