Buletin

KERETA TERMURAH DI DUNIA, TATA NANO SAH DITAMATKAN PENGELUARANNYA

Kehadiran kereta mikro, Tata Nano pernah menggemparkan dunia automotif baik di India mahu pun seluruh pelusuk alam. ideanya bijak, untuk menawarkan peluang kepada golongan bawahan untuk merasa memiliki parkir kereta sendiri depan pintu rumah.

BACA : ECONOMY CAR โ€“ USAHASAMA TATA MOTORS DAN VOLKSWAGEN

Dengan harga yang ditawarkan serendah 1 lakh rupee (RM6,134), ia dianggap harga yang hampir tidak masuk akal untuk sebuah kereta. Mahal lagi harga sebuah motosikal Yamaha R15 di Delhi sana. Dengan saiz sebuah beca, ianya kira ngam untuk memuatkan empat orang dengan mudah.

Mempunyai kelebaran 1.5 meter, tingginya pula membawa ke 1.6 meter manakala panjangnya pula membawa ke 3.1 meter. Ia dilengkapo enjin bersesaran 624cc ini ditempatkan di bahagian belakang bonet. Tata Nano memang sebuah revolusi idea pengangkutan moden.

Namun setelah hampir 10 diperkenalkan, Tata Nano nampaknya gagal memenuhi keperluan fungsi. Ia tidak laris seperti yang diharapkan sebagaimana tujuannya untuk membolehkan golongan kelas rendah memiliki sebuah kereta berbanding motosikal. 

Malah, sebenarnya rakyat India lebih menggemari mod pengangkutan motosikal dengan peningkatan jualan hampi 10-20 peratus setiap tahun.

Sejak tahun lalu, Tata Nano bergelut dengan angka jualannya. Tata Motors membertahu bahawa mereka akan memperlahankan pengeluaran dan menghentikannya secara berperingkat. Ia akan diproduksi berdasarkan perimntaan dan dijangka akan tamat dalam tempoh setahun lagi.

Jadi. 

Selamat Tinggal kereta termurah di dunia…

 

 

 

 
Google ads
Back to top button