Buletin

AUDI BAKAL BINA EV ATAS PLATFORM CHINA

Beberapa laporan media mendedahkan bahawa pengeluar kereta asal Jerman, Audi, bakal menggunakan platform kenderaan elektrik dari China.

Meskipun ia langkah agak mengejutkan namun dengan mengambil kira untuk mempercepatkan pembinaan kenderaan elektrik, ia akan menjadi strategi terbaik buat Audi.

Terdahulu, Automotive News Europe turut melaporkan Audi sedang berkira-kira untuk menggunakan platform daripada BYD atau BAIC.

Menurutnya, Audi dikatakan tidak mampu menunggu terlalu lama bagi menggunakan Scalable Systems Platform (SSP) daripada Volkswagen Group.

Sekiranya Audi mempertimbangkan SSP, model berasaskan SSP pertama Audi sekurang-kurangnya dilancarkan selepas 2029, iaitu setelah pelancaran Project Trinity Volkswagen yang dijadualkan diperkenalkan pada 2026.

Google ads
Back to top button