
KOENIGSEGG GEMERA 2023 TAWARKAN ENJIN V8, 2269 KUASA KUDA
Ketika mula diperkenalkan pada tahun 2020, Koenigsegg Gemera iaitu hypercar 4 tempat duduk hanya ditawarkan dengan enjin 3 silinde tanpa aci sesondol turbo dan juga sistem hibrid ditawarkan dengan kuasa mencecah sehingg 1677 kuasa kuda.
Selepas 3 tahun Koenigsegg mula menawarkan satu lagi pilihan trenkuasa pada Gemera yang berupaya menghasilkan sekitar 2269 kuasa kuda dan juga transmisi yang baru. Dari segi rekaan luar, hanya sedikit sahaja perbezaan antara kedua dua varian dengan perubahan kecil boleh dikesan pada kemasa bampar depan
Cermin pandang sisi pula ditukar kepada kamera resolusi tinggi bagi memberikan imej yang lebih futuristik pada Gemera V8 2023. Selain enjin 3 silinder 2000cc turbo, Gemera akan ditawarkan dengan enjin V8 5000cc turbo berkembar, iaitu unit yang sama digunakan pada model Jesko.
Enjin ini akan dipadankan dengan motor elektrik yang diberi nama Dark Matter e-Motor yang menajna sehingga 789 kuasa kuda dan 1250Nm tork. Sistem hibrid ini menghasilkan sekitar 2269 kuasa kuda dan 2750Nm tork dan Koenigsegg mendakwa Gemera V8 merupakan hypercar paling berkuasa yang dihasilkan secara standard kilang pada hari ini

Trenkuasa ini akan dipautkan pada Light Speed Transmision yangjuga pernah digunakan pada model hypercar Jesko. Model asal Gemera pada awalnya direka untuk menggunakan sistem gear tunggal sama seperti Regera, namun pada saat akhir Koenigsegg mendapati transmisi 9 kelajuan LST adalah jauh lebih baik
Transmisi ini LST ini dinamakan semula sebagai Light Speed Tourbillon Transmission (LSTT), lengkap dengan flywheel dan input shaft transmisi bersambung terus dengan aci engkol enjin V8 bagi membenarkan penukaran gear berlaku dengan lebih pantas dan menjadikan Gemera leboh sedap untuk dipandu.
Motor elektrik Raxial Flux Dark Matter pula akan menggantikan 3 motor elektrik yang sebelum ini digunakan pada versi awal Gemera. Versi 2023 ini menjadikan Gemera lebih ringan berbanding versi 2020. Produksi Gemera akan bermula pada tahun 2024 dan penghantaran pertama akan dibuat pada tahun 2025, lama juga menunggu sama seperti anda nak beli Alza / Veloz.


