
APA MAKSUD SEBENAR AUDI S LINE?
Jika anda perasan, kebanyakan model Audi yang dijual di dalam negara datang dengan kemasan S Line. Bagi pembaca yang kurang arif, S Line merupakan satu trim level yang dihasilkan oleh Audi bagi menampakkan sesebuah model agar kelihatan lebih sporti bebanding dengan model biasa tapi tidak memiliki komponen naik taraf yang lebih serius seperti model prestasi S Performance
Ia merupakan trim level yang sama digunakan oleh BMW M Sport dan juga Mercedes AMG Line. S Line menampilkan kemasan badan yang lebih agresif, rekaan dalam kabin yang lebih sporti dan kadang kala diberikan sistem suspensi yang lebih rendah bagi menghasilkan pemanduan yang lebih sporti
Sebagai contoh Audi A3 S Line yang dipandu uji oleh kami datang dengan rekaan bampar depan lengkap dengan jeriji Single Frame yang lebih agresif dan bahagian tepi rekaan fake air vent juga direka dengan bentuk yang agak agresif berbanding dengan varian standard

Untuk bahagian belakang, Audi A3 ini menerima kemasan rear diffuser serta fake exhaust vent dengan kemasan krom. Bagi model A3 Sportback, varian ini akan diberikan rear spoiler yang lebih besar. Untuk kemasan tepi, skirting sisi dengan kemasan perak akan diberikan bagi menjadikan bahagian ini lebih menonjol.
Sesetengah S Line juga akan dipasang dengan rim aloi rekaan agresif yang lebih besar, sistem suspensi direndahkan sebanyak 15mm, lencana S Line dan juga Side Skirt
Bagi kemasan dalaman, papan pemuka pula akan dihiasi dengan kemasan ala-ala logam berkilat, kusyen balutan kulit semi bucket, stering balutan kulit berlubang untuk genggaman yang lebih baik, pedal minyak serta pedal brek aloi, dan akhir sekali scuff door plate aloi dengan lampu LED

Sesetengah model akan menerima lampu kabin yang lebih bergaya, tetapan tulang belakang bagi penyandar kusyen, auto high beam, dan juga kemasan suede pada pintu serta papan pemuka. S Line merupakan pilihan pada pembeli yang mahukan penampilan yang lebih sporti tanpa naiktaraf dari segi kuasa

