Buletin

SUV MITSUBISHI DIPERKENAL PADA 10 OGOS, 4 MOD, SISTEM AUDIO YAMAHA

Tahun yang sibuk nampaknya untuk Mitsubishi Motors Corporation. Hanya beberapa minggu selepas memaklumkan Triton baharu akan diperkenal di Thailand pada 27 Julai, Mitsubishi kembali menarik perhatian dengan mengesahkan pelancaran SUV kompak baharu di Indonesia pada 10 Ogos.

SUV kompak yang merupakan terjemahan kepada model XFC Concept mempunyai keistimewaan tersendiri dalam segmen yang sengit.

Sebagai contoh empat mod pemanduan termasuk Wet yang merupakan ciri pertama untuk model Mitsubishi. Turut dilengkapi sistem audio yang dibangun bersama Yamaha.

Rantau ASEAN merupakan lokasi pertama pelancaran SUV kompak Mitsubishi dan pasaran utama buat Mitsubishi Motors dan dibangunkan mengikut konsep “Best-suited buddy for an exciting life.”

Dari gambar XFC Concept dan bayangan imej acah, SUV kompak itu nampak moden dan rugged. Bahagian kabin juga menarik dengan ruang luas dan bahagian simpanan versatil. 

Sistem audio Dynamic Sound Yamaha Premium pula memberikan kualiti bunyi bes yang ‘hidup’ dan nada (tone) sederhana dan tinggi yang jelas walaupun kereta dipandu di atas permukaan kasar.

Sesuai dengan kegunaan SUV kompak di ASEAN, jarak kelegaan bumi SUV Mitsubishi ini mencecah 222 mm dan tertinggi di dalam kelasnya dan menambah keyakinan untuk memandu di laluan mencabar.

Lebih bagus apabila dilengkapi empat mod pemanduan iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud. Mod Wet sesuai digunakan apabila permukaan jalan dinaiki air.

Empat mod pemanduan itu boleh menangani pelbagai permukaan jalan melalui kawalan bersepadu sistem Active Yaw Control (AYC). 

Sistem itu meningkatkan kebolehkawalan dengan melaraskan daya pacuan pada roda depan kanan dan kiri dan kawalan cengkaman yang mengawal gelinciran tayar, kawalan enjin dan stereng berkuasa.

Selepas Indonesia ke mana pula destinasi SUV ini? Adakah pasaran tempatan? Mitsubishi sudah beberapa tahun tidak mempunyai pengganti selepas Outlander dan ASX ditamatkan.

Satu lagi persoalan ialah, adakah SUV ini menyaingi SUV Perodua Ativa atau Honda HR-V?

BACA: SUV MITSUBISHI BAKAL DILANCAR DI INDONESIA, XFC CONCEPT DALAM BENTUK PRODUKSI

BACA: MITSUBISHI EK SPACE 2023 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM51.6 RIBU

BACA: KITAB MITSUBISHI EVOLUTION – JILID 2

BACA: MITSUBISHI OUTLANDER PASARAN CHINA, ENJIN KECIL 1.5 TURBO MILD HYBRID!

Google ads
Back to top button