Buletin

CARSOME LANTIK YEOH OON JIN SEBAGAI PENGARAH BEBAS

CARSOME, platform e-Dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, baru-baru ini mengumumkan pelantikan Yeoh Oon Jin sebagai Pengarah Bebas berkuatkuasa 30 Jun 2023.

Untuk rekod, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit, bermula pada tarikh yang sama.

Pelantikan tersebut adalah sebagai nilai tambah kepada CARSOME terutamanya dengan pengalaman serta pengetahuan beliau dalam urus tadbir korporat, pengurusan risiko, strategi organisasi, budaya dan transformasi digital.

Mengulas mengenai pelantikannya, Yeoh berkata, “Saya berbesar hati menyertai CARSOME serta sangat berminat dengan pendekatan berwawasan syarikat untuk mengubah industri automotif di Asia Tenggara.

“CARSOME berada pada tahap yang sangat mengujakan dan kini berada diperingkat kritikal untuk mematangkan model perniagaannya. Saya tidak sabar untuk bekerja secara kolektif untuk membentuk masa depan mobiliti lebih baik di sini.”

Menurut CARSOME, syarikat bakal mendapat manfaat daripada bimbingan Lembaga Penasihat yang berwawasan, selain memahami landskap teknologi di rantau ini.

CARSOME telah secara aktif membentuk semula industri kereta terpakai Asia Tenggara melalui data inovatif termasuk menawarkan kepercayaan, ketelusan dan pengalaman pemilikan yang baik.

Beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura, CARSOME menjual lebih 150,000 kereta pada 2022.

Google ads
Back to top button