Artikel Pilihan

AUDI RS7 SPORTBACK 2020- WOW!

Wow. Secara jujurnya inilah dia kereta yang mampu mengeluarkan perkataan Wow daripada mulut Brader Karrager. Audi RS7 Sportback. Percayalah, apabila ianya dilayangkan dengan warna merah Liverpool ini memang merecik teruk. Cantik menarik tertarik kau memang dabom.

Sportcoupe dengan lima tempat duduk ini jelas sekali mengisi ruang buat pencinta kereta sport yang masih ingin memandu sebuah kereta yang laju dan dalam masa yang sama masih mampu membawa anak bini ke hulu ke hilir pada hujung minggu.

Audi RS7 Sportback ini jelas sekali menampilkan ciri – ciri yang patut ada semua kereta sport apabila mempunyai titik graviti yang rendah. Malah kedudukan tayar dan fender juga kelihatan ngam ngam sahaja Rim pun saiz bukan main besar sampai 21 inci. Macam tak patut betul untuk sebuah kereta keluarga. Tapi itulah dia, baru betul sebuah kereta sport. Dan memandangkan kedudukan kereta ini yang rendah, sudah tentu aerodinamiknya juga cukup baik untuk memotong angin sewaktu memecut laju. Pekali daya seretannya cuma  0.32. 

Muka hadapan RS7 Sportback ini juga kelihatan sangat mengancam rekaan bampar dan gril nya. Cuma logo Audi turut senada dengan warna gril membuatkan orang pasti tercari cari di manakah logo kereta ini. Manakala bahagian belakangnya

Ruangan kabin model Sportback ini menampilkan tema warna gelap sebagai kontras dengan warna merah di bahagian luar. Balutan kulit Nappa menyerlahkan sedikit imej mewah kereta sport coupe ini. Perhatikan juga skrin infohiburan yang kelihatan condong sedikit ke arah pemandu. Barulah senang pemandu untuk melihat peta misalannya. Sudah tentu sistem infohiburan ini turut dilengkapi dengan kawalan suara bagi memudahkan mata pemandu kekal fokus semaksimum mungkin di hadapan.

Enjinnya pula menggunakan 4.0 liter V8 dengan pengecas turbo berkembar. Tak tau la kembar dua ke kembar tiga. Kuasa kudanya boleh cecah 591 hp dengan tork 590 lb-ft. Maka tidak hairanlah sekiranya nak cecah ke 100 km/j hanya memerlukan sekitar 3.6 saat sahaja. Tak sempat penumpang sebelah (baca: bini) nak betulkan tudung tau tau aja dah meter kelajuan dah mencicit pergi ke 280 km/j. Enjin yang berkuasa ini dipadankan melalui kotak gear tiptronic lapan kelajuan

Sebenarnya se-power ini turut dilengkapi dengan sistem hibrid 48-volt dengan penjana motor dan bateri lithium kecil untuk membantu kecekapan bahan bakar melalui sistem brek janaan semula kuasa.

Kereta ini bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat tidak lama lagi dengan harga yang mungkin berada pada aras USD 120,000 (RM525,312). Wow!

BACA : INILAH KERETA PERISAI PALING LAJU DI DUNIA – AUDI RS7 SPORTBACK

BACA :AUDI RS6 AVANT 2020 – WAGON DENGAN KUASA 600PS

Google ads

B K

Back to top button