Buletin

LANGGANAN GR YARIS HANYA RM1.5K SEBULAN DI JERMAN. TIDAK PERLU DOWN PAYMENT!

Selepas dilancarkan secara rasmi di pasaran Eropah awal bulan lalu, Toyota kini sudah mula menerima tempahan GR Yaris secara dalam talian.

Di Jerman, tawaran terhadap hatchback berkuasa tinggi itu lebih menarik kerana orang ramai boleh melanggannya pada kadar serendah €298 (RM1,19) sahaja sebulan, tanpa sebarang baran pendahuluan.

Toyota Jerman menawarkan GR Yaris dalam dua versi iaitu pakej asas dan prestasi tinggi pada harga bermula €33,200 (RM158,200) sehingga €37,690 (RM179,551) seunit.

Varian entry level didatangkan dengan suspensi sports, tempat duduk bucket dibalut kulit Alcantara, sistem mode pemanduan Race, kawalan pendingin hawa dua zon, infohibur dengan integrasi telefon pintar dan banyak lagi.   


Sementara versi lebih mahal dilengkapi rim bersaiz 18 inci, suspensi sports GR, angkup brek berwarna merah, limited slip differential dan pendakap topang (strut brace).

Ia juga hadir dalam empat pilihan warna iaitu hitam, merah metalik, putih Mutiara dan putih.

Diperkenalkan sejak awal tahun, GR Yaris 2020 merupakan jentera WRC Toyota untuk musim hadapan yang boleh digunakan di atas jalan raya biasa. Ia dipasang dengan enjin tiga selinder turbo bersesaran 1.6 liter berkuasa 261PS dan tork 360Nm.

Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear manual enam kelajuan. Toyota mendakwa ia mampu memecut dari 01-00km/j dalam masa 5.5 saat dengan pecutan selaju 230jm/j yang dihadkan secara elektronik.

Sistem pacuan empat roda pula mempunyai tiga talaan berbeza iaitu Normal, Sport and Track. Dalam mode Normal, 60 peratus kuasa tork dihantar ke roda hadapan san 70 peratus ke roda belakang dalam mode Sport.

Mazda CX30

Kuasa akan diagihkan 50-50 apabila pemandu memilih mode Track. Ini bagi memberi keseimbangan dan cengkaman optimum ketiga mengambil dan keluar dari selekoh di litar.

Tags
Google ads
Back to top button