AUDI RS6 AVANT 2020 – WAGON DENGAN KUASA 600PS!
Audi baru-baru ini mendedahkan jentera penuh kuasanya, RS 6 Avant yang dijadual melakukan debut pada acara Frankfurt Motor Show 2019 di Jerman tidak lama lagi.
Dibina untuk meraikan jenama ikonik Audi, RS yang ke-25 tahun, RS6 Avant bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat buat pertama kalinya.
RS6 Avant dijana oleh enjin V8 bersesaran 4.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 600PS dan tork 800Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan semua roda Quattro menerusi transmisi automatik 8-kelajuan.
Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.6 saat dengan kelajuan dihadkan pada 250km/j.
Menjanjikan prestasi luar biasa, wagon itu didatangkan dengan sistem suspensi udara yang ditala khas serta sport differential untuk lebih lincah di selekoh tajam. Sistem stereng turut dioptimumkan untuk memberikan maklum balas yang tepat.
Sistem pilihan pemanduan jentera ini tampil dengan enam mode berbeza – auto, comfort, dynamic dan efficiency. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dua mode lagi iaitu RS1 dan RS2. Kedua-dua mode itu boleh dikonfigurasi dan digunakan dengan hanya menekan butang RS pada stereng.
Dari segi gayaan, RS6 Avant mengambil inspirasi model A6 dan S6 Avant. Namun, rekaan itu dibezakan menerusi gril Singleframe dengan kemasan mesh hitam berkilat. Selain garisan pada hud, corong pengambilan udara yang besar dan splitter berwarna perak.
Bahagian belakang kini lebih agresif dengan skirting dan spoiler. Gaya sporty itu disempurnakan lagi dengan ekzos berkembar, peresap udara dan sistem brek karbon seramik.
Menjengah ke ruang kabin, RS6 Avant bagaimanapun mengambil sebahagian besar komponen serta susun atur model standard. Jadi, pemandu akan dihidangkan dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci, sistem infohibur 10.1 inci dan paparan bersaiz 8.6 inci pda bahagian bawahnya.
Audi mengesahkan bahawa kluster instrumen itu mempunyau paparan RS khas yang menyediakan pelbagai maklumat seperti tekanan tayar, tork, output kuasa, suhu minyak enjin, tekanan boost, dan G force.
Sebagai sebuah wagon, jentera itu menawarkan ruang kargo 565 liter yang boleh ditingkatkan menjadi 1,680 liter apabila tempat duduk dibaringkan.
Tiada sebarang harga didedahkan, RS6 Avant dijangka mula dijual di pasaran Eropah mulai suku pertama tahun depan.
- BACA: 25 TAHUN AUDI RS, DARI ENJIN 5 SILINDER HINGGA V8 DAN V10!
- BACA: INILAH KERETA PERISAI PALING LAJU DI DUNIA – AUDI RS7 SPORTBACK, 760HP & 1,085NM
- BACA: AUDI AKAN HENTIKAN PENGELUARAN MODEL TT, GANTI DENGAN KERETA ELEKTRIK
- BACA: FAKTA PENJAGAAN AUDI S5 – CANTIK, LAJU, MANTAP TAPI….
GALERI