
Buletin
AYAM PUNYA HAL, FORD FOCUS TERBABAS MASUK RUMAH ORANG
Seorang pemilik Ford Focus, merempuh sebuah rumah apabila cuba mengelak seekor ayam di bandar Verulm, New Durban, Afrika Selatan.
Pada mulanya, pemandu berusia 41 tahun itu memberitahu pihak polis dia cuba mengelak melanggar seorang kanak-kanak yang melintas jalan.
Bagaimanapun, dia kemudian menukar kenyataan dengan berkata, ayam yang melintas di depan keretanya.
Dia mengakui hilang kawalan kereta Ford Focus sedan berwarna putih lalu merempuh bahagian laluan hadapan rumah terbabit.
Ketika kejadian, tiada orang di dalam rumah tetapi kereta dinaiki lelaki berkenaan bersama seorang penumpang berusia 19 tahun mengalami kerosakan. – daily star
- BACA: PERNAH DIKEJAR GAJAH DAN BERUANG, POSMEN JALAN KAKI 15KM SEHARI SELAMA 30 TAHUN KINI BERSARA
- BACA: SESI PANDU UJI FERRARI F40 INI BERAKHIR DENGAN KEMALANGAN – LAJU-LAJU NAK KE MANA?
- BACA: KEMALANGAN PALING PELIK DALAM SEJARAH AUTOMOTIF
- BACA: SEMPAT RAKAM AKSI DENGAN MOTOSIKAL. INFLUENCER JUTAWAN RUSIA MAUT KEMALANGAN