
SESI PANDU UJI FERRARI F40 INI BERAKHIR DENGAN KEMALANGAN – LAJU-LAJU NAK KE MANA?
Ferrari F40 merupakan salah sebuah supercar ulung yang dikeluarkan dari Maranello sekitar penghujung tahun 80-an. Ia merupakan kereta idaman setiap peminat kereta pada ketika itu baik dari kalangan kanak-kanak mahupun warga emas. Inilah kereta yang menghiasi poster, calendar, kotak pensil dan macam-macam barangan lagi satu ketika dahulu.

Kini statusnya sebagai ikon supercar memang tiada galang ganti dan sesiapa yang ingin memilikinya perlu ‘berpisah’ dengan sejumlah besar wang sebagai bayaran. Ini sebuah kereta yang kita tak ingin lihat terlibat dalam kemalangan, lebih-lebih lagi kalau kita sendiri memandunya (entah bila la kan).
Malang bagaimanapun tidak berbau untuk pemandu F40 yang dikatakan hilang kawalan sewaktu memandu uji kereta ini di Queensland, Australia. Setakat ini identity pemandunya belum dapat dipastikan tetapi F40 ini dikatakan masih menggunakan plet pandaftaran perniagaan.

Pemandu F40 ini dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar beberapa tiang papan tanda jalan dan akhirnya tersadai di sebatang pokok di tepi jalan.
Kejadian dikatakan berlaku di Beaudesert Nerang Road berhampiran dengan Canungra pada jam 11.30 pagi waktu tempatan. Tiada kecederaan direkodkan tapi belum dapat dipastikan sama ada pemandu terbabit akan dikenakan saman ataupun tidak. Kalau kat sini memang sahih kena saman bila buat repot untuk tuntutan insuran.
Imej lokasi kemalangan tersebar dengan cepat kerana pengaruh F40 ni memang besar di seluruh dunia dan melihat pada keadaan tiang-tiang yang dilanggar memang dah boleh agak yang kereta ni memang dipandu dengan laju.


Ferrari mengeluarkan kereta ini dari tahun 1987 hingga 1992 dan dikuasakan enjin 2.9L V8 twin turbo yang mampu menghasilkan 471 hp kuasa dan kotak gear manual 5-kelajuan. Nampak macam spedifikasi biasa je kan zaman sekarang tapi kena ingat yang kereta ini Cuma seberat sebuah Ford Fiesta. Ringan, berkuasa dan mempunyai tiga pedal. Inilah kereta lelaki sejati macam kami (masa muda dulu la).
Kredit foto dari laman FB All Street.