Buletin

LEWIS HAMILTON DEDIKASI KEMENANGAN GP BELGIUM BUAT BLACK PANTHER

Lewis Hamilton dedikasi kemenangan di Grand Prix (GP) Belgium untuk pelakon filem Black Panther, Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser kolon.

Juara enam kali itu mencatat kemenangan ke-89 kariernya dengan satu lagi pemanduan sempurna untuk kejayaan keempat di Belgium, melintasi garisan penamat 8.448 saat di depan rakan sepasukan Mercedes Valtteri Bottas.

Ia adalah kemenangan kelima Hamilton dalam tujuh perlumbaan tahun ini dan melebarkan rekod perlumbaan yang memberikan mata kepada 40 perlumbaan.

Hamilton membuat gaya tangan ‘Wakanda Forever’ yang dipopularkan oleh Chadwick menerusi filem berkenaan di atas podium.

“Saya ingin dedikasi kemenangan ini kepada Chadwick dan keluarganya, dia merupakan inspirasi dan legasinya akan terus hidup.

“Kita perlu terus melawan kebersamaan, tiada yang berubah, perjuangan masih diteruskan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Chadwick meninggal dunia pada usia 43 tahun akibat kanser kolon di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap Chadwick iaitu Nicki Fioravante, aktor itu meninggal dunia di kediamannya di samping isteri dan ahli keluarga.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan ahli keluarganya, Chadwick disahkan menghidap kanser kolon sejak empat tahun lalu.

“Saya bangun tidur dan mendapat berita sediah kematian Superhero. Ia benar-benar memberi kesedihan buat saya.

“Saya sangat bertuah kerana dapat bertemu kamu. Terima kasih untuk segala yang telah anda lakukan,” katanya. – agensi

Google ads
Back to top button