Buletin

SEMPAT RAKAM AKSI DENGAN MOTOSIKAL. INFLUENCER JUTAWAN RUSIA MAUT KEMALANGAN

Seorang influencer yang menjadi jutawan seawal usia 15 tahun maut dalam kemalangan motosikal di Bali, Indonesia.

Anastasia Tropitsel, 18 yang berasal dari Rusia, cedera parah di bahagian kepala apabila terbabas ketika membonceng sebuah motosikal Kawasaki di pulau pelancongan terkenal Indonesia itu.

Teman lelakinya, Viktor Mydanovich, 30, yang menunggang motosikal berlainan memberitahu dia hilang kawalan pada kelajuan 60 mph dan merempuh pembahagi jalan.

Sebelum menemui ajal dalam kemalangan, Anastasia merakam dirinya melalui cermin motosikal dan pemandangan pantai.

Dia mula menjadi selebriti media sosial ketika berusia 12 tahun dan menjadi jutawan tiga tahun kemudian.

Memiliki lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, dia sering memberi kata-kata semangat dan inspirasi kepada pengikutnya.

Anastasia atau nama sebenarnya Anastasia Zubrina meninggal dunia selepas membeli jentera baharu Kawasaki Ninja 250.

Difahamkan, dia turut bertengkar dengan bapanya yang merupakan seorang doktor berhubung kejayaan online wanita itu yang semakin suram. – dailymail  

Tags
Google ads
Back to top button