Buletin

KELAHIRAN SEMULA LAGENDA RENAULT R5 TURBO 3E BAHARU DENGAN UNIT YANG TERHAD

Lama dahulu, Renault pernah menghasilkan sebuah model kompak hatchback Renault 5 Turbo dan Turbo 2 pada era 80an yang dianggap cukup jahat dari segi kelajuan dan penampilannya. Ianya adalah model Perancis pertama yang menampilkan enjin petrol pengecas turbo, teknologi yang baru sahaja berjaya diperkenalkan Renault dalam Formula 1 dan kini sangat dicari oleh para pengumpul kereta.

Kini, pengeluar dari Perancis ini bersedia untuk melahirkan semula model yang pernah menjadi dambaan lelaki di seluruh Eropah ketika itu. Inilah dia kelahiran semula Renault R5 Turbo 3E. Tetapi Renault 5 Turbo 3E ini sebenarnya lebih daripada itu. Lebih daripada sekadar restomod model ikonik, dimodenkan, inovatif, elektrik, malah lebih meriah dan berkuasa daripada pendahulunya, ia menegaskan identitinya sebagai yang pertama dalam kelas kenderaan baharu, mini-supercar.

Sama seperti kenderaan yang lebih besar, ia mempunyai spesifikasi teknikal yang mengagumkan dengan kuasa maksimum sehingga 540 HP dan kuasa pecutan 0 ke 100 km/j dalam masa kurang dari 3.5 saat sahaja. Dari segi diameter ukuran ianya mempunyai nisbah panjang/lebar minimum 2.01, meletakkannya dalam liga yang sama dengan supercar, tetapi dalam format hot hatch kompak.

Dibina berdasarkan platform yang dikhususkan yang disesuaikan dengan cita-cita dan prestasinya, Renault 5 Turbo 3E adalah merupakan mini-supercar yang berada sebaris bersama modelRenault 5 E-Tech elektrik (kereta bandar) dan juga Alpine A290 (kereta bandar yang sporty).

Formula oleh Renault Group ini sebenarnya telah lama digunakan di era 80an dahulu yang mana mereka mempunyai model Renault 5, Renault 5 Alpine dan juga Renault 5 Turbo yang melambangkan imej berani dan garang digabungkan dengan semangat serta kepakaran kesemuanya termasuklah dari Alpine.

Walau pun nampak macam sama, tetapi Renault 5 Turbo 3E ini sedikit berbeza dari segi dimensi dengan cermin depan telah dialihkan ke belakang dan jarak roda dipanjangkan (2.57m) untuk mencapai dimensi yang benar-benar menakjubkan (4.08m panjang, 2.03m lebar, 1.38m tinggi).

Masih lagi mengekalkan imej model yang asal, rekaan lampu utama berbentuk segi empat sama tetapi kini dilengkapi dengan LED serta lampu DRL LED berbentuk segi empat di bahagian bawah bampar.

Trenkuasa model ini menggunakan teknologi 800V, bateri 70kWj dan mampu mengecas semula dari 15 hingga 80 peratus dalam masa 15 minit sahaja melalui hos 350kW, serta mempunyai dwi-motor yang mampu menghasilkan kuasa 540 HP dan tork 4,800 Nm. Dengan WLTP sehingga 400 km, ianya dilihat sebuah model super-mini yang cukup sempurna. Siapa kata model laju kena jalan dekat dekat aja?

Tapi harus diingat, model ini hanya didatangkan sejumlah 1,980 unit sahaja. Siapa cepat pun belum tentu dapat.

BACA : RENAULT R5 TURBO 3E – INTERPRETASI EV MODEN VERSI HOMOLOGASI

BACA : RENAULT 5 E-TECH ELECTRIC, MODEL IKONIK KEMBALI! JARAK PEMANDUAN 400KM

Google ads

B K

Back to top button