
PERODUA, MYDIGITAL ID METERAI MOU UNTUK AKSES PENGESAHAN PENGGUNA
Perodua secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MyDigital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) untuk mendapatkan akses pengesahan pengguna.
Perjanjian ini seiring dengan usaha syarikat kenderaan kompak itu dalam menambahbaik perjalanannya ke arah transaksi tanpa tunai.
MyDigital ID adalah inisiatif Identiti Digital Nasional yang selamat dan dipercayai. Ia dibangunkan bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses yang selamat dan lancar bagi perkhidmatan digital kerajaan serta swasta.

Dengan tumpuan kepada keselamatan dan privasi, MyDigital ID menetapkan penanda aras baharu untuk kepercayaan dan perlindungan dalam dunia mobiliti yang semakin berkembang pesat.
“Memandangkan MyDigital ID bertindak sebagai ‘gatekeeper’ bagi pengesahan transaksi di negara ini, ia membolehkan kami mempelbagaikan lagi perkhidmatan kepada para pelanggan kami khususnya, dan kepada semua rakyat Malaysia secara amnya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
Beliau berkata proses pengesahan dijalankan adalah titik permulaan yang selamat bagi memastikan semua pengguna dilindungi oleh pakar keselamatan siber di negara ini.
“Sebagai tambahan, kami juga menyokong seruan kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai di samping memanfaatkan ciri keselamatan siber yang kukuh yang disediakan oleh MyDigital ID,” katanya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID, Mohd Azuddin Parman, langkah baharu ini dapat memperkasakan industri seperti automotif untuk menawarkan pengalaman selamat dan mesra pengguna.
- BACA: BALIK KAMPUNG IN STYLE DENGAN RENAULT KOLEOS – LANGGAN ATAU MILIKI DENGAN TAWARAN HEBAT RAMADAN INI!
- BACA: TRANSMISI KLAC BERKEMBAR TIDAK SEMPURNA – ADA KELEMAHAN
- BACA: AUTOPILOT TESLA VS LIDAR LEXUS – MANA LEBIH CEKAP MENGELAK PERLANGGARAN?
- BACA: RASMI: GENERASI BAHARU HONDA X-ADV 750 TIBA DI MALAYSIA – DARI RM69,999